Nuffnang Gadget

June 23, 2016

Berbuka Di Kampung Minggu Lepas...

Alhamdulilah, minggu lepas dapat lah Kak Alycia buka berpuasa di rumah MIL kat Kuala Pilah...
biasa kalau dalam blog MIL Kak Alycia sebut Wan Pilah...
memang tak sabar nak balik Kuala Pilah sebab tak sabar nak makan macam-macam makanan orang Negeri Sembilan hehe...
lain betul tekak duduk Putrajaya ni dengan tekak bila dah sampai Negeri Sembilan...
walaupun banyak jer lauk Negeri Sembilan kat sini tapi feel tak sama...

ok, memang dah plan nak balik lepas ofis...
bajet-bajet memang akan buka puasa dalam kereta...
so, lunch hour tu sempatlah Kak Alycia balik rumah sekejap buat cekodok pisang...
so, bolehlah berbuka makan dalam kereta nanti...

-- cekodok pisang yang Kak Alycia masak lunch hour tu --

sebelum ni Kak Alycia pernah share pasal rahsia cekodok pisang sedap kat SINI...

esoknya tu Wan Pilah kata dah beli daging nak masak gulai daging salai campur dengan bacang muda...
adoiii, dengar wan cakap jer dah nak telan-telan air liur...
air tangan orang lamakan mesti sedapp...

-- ha, ni dia fresh dari kuali lagi Gulai Daging Salai Campur Bacang Muda. Orang Kuala Pilah memang stail menggulai dalam kuali, so nanti kuah jadi pekat-pekat --

dan lagi 1 yang femes di Kuala Pilah adalah kuih ni...

-- kuih badak berendam a.k.a Kuih Buah Sopang --

memang rare kuih ni...
sedap sangat lagi-lagi kalau inti kelapa tu buat dari kelapa muda...
selalu Wan buat kuih ni tapi kali ni tak sempat...
ni Wan yang beli dari orang yang memang terer buat kuih ni...
adoiii, terbanyang-bayang pulak kuih sopang...
kat sini mana nak dapat???

ok, itu jer cerita berbuka puasa kat kampung Kuala Pilah...
siapa orang Kuala Pilah kat sini angkat tangan ;)


1 yang komen:

mama tisya said...

daging salai dapnye

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com