Nuffnang Gadget

June 8, 2016

Kisah Zhafran Dan Karipap Sardin Untuk 2 Ramadan...

sebenarnya mama lupa nak wish anak bujang kecik mama yang sorang ni dah 1 tahun 5 bulan masa 1 Ramadan tu (6.6.2016)...
alahai, rasa sekejap je masa berlalu...


yang paling mahal sekarang ni gigi rabbit dia...
bila suruh dia posing ambik gambar dah tau dah...
sebut je one two three terus sengihh...

yang kelakarnya puasa tahun ni dia dah 1 tahun 5 bulan...
tahun lepas baby lagi...
memang dia dah tau dah kalau hidangkan makanan atas meja mesti time makan...
entah macam mana terlupa pulak masa tu lagi 10 minit nak buka dah hidang cantik-cantik letak semua atas meja...
terus dia menangis nak duduk kat kerusi dia...
puas lah mama pujuk lagi sekejap lagi baru makan...
tunggu waktu berbuka...
dia tak nak, nak makan jugak...
teruslah letak kan dia kat sit dia dan tuang nasik dalam pinggan...
ha, makanlah dia sensorang tanpa rasa bersalah...


macam-macam perangai dia sekarang...

oh ya, kisah menu berbuka semalam maklumlah masih cuti lagi...
so, teringin nak makan karipap homemade...
tengok dalam stok ada sardin, terus decide buat karipap sardin...

-- see, ada bulat ada lonjong --

memula tu macam rajin nak buat karipap bulat...
tapi macam leceh kena tekap 2 bentuk bulat baru dapat 1 karipap...
last-last buat jerlah karipap lonjong macam biasa...

-- karipap yang dah siap digoreng --

dapat jugaklah buat ole-ole nak bagi jiran sebelah sebeb nak pulangkan bekas dia bagi masa 1 Ramadan tu kuih seri muka...


Menu berbuka untuk 2 Ramadan simple jer...
Gulai Udang Campur Pegaga, Sayur Campur dan Karipap Sardin...
Alhamdulilah, syukur dengan rezekiNya...
jom #kempenmasaksendiri sempena Ramadan ni ;)


1 yang komen:

Norhayati Mohd Isa said...

Karipap sardinnnnn...
ohhh sedapnya..
Sambal sardin layan sahur pun sedap juga kan Zura :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com