Nuffnang Gadget

June 15, 2016

Menjenguk Pokok-pokok Di Kampung...

Ni cerita seminggu sebelum puasa haritu...
sempatlah balik ke kampung Kak Alycia rumah Nekma...
sambil-sambil tu sempat jugak jenguk-jenguk pokok-pokok yang ada kat sekeliling rumah...
kebanyakan pokok rambutan arwah ayah yang tanam...
ingat lagi arwah kata ni tanam pokok-pokok untuk anak cucu...
ayah tak dapat makan takpe...
betul kata arwah, memang dia tak sempat rasa pun hasilnya...
dapat lah anak cucu merasa hasil tanaman arwah ayah....
al-Fatihah untuk arwah ayah dah 12 tahun pergi...

ok, jom jenguk-jenguk pokok yang ada...

-- pokok rambutan kebanyakan tengah berbutik sekarang. ada 4 pokok semuanya, 3 rambutan budak sekolah dan 1 pokok rambutan gading --

-- pokok kedondong pun ada buah jugak... rajin kedondong ni berbuah, kalau hantu asam boleh ambik cicah dengan kicap. nasib Kak Alycia tak hantu asam hehe --

-- pokok ubi tengah merimbun kat belakang rumah. ni Nekma yang tanam katanya nanti senang nak ambik pucuk ubi buat lauk --

-- Gulai Pucuk Ubi dan Ayam Masak Kicap --

ha, kebetulan pucuk ubi tengah banyak, tengah hari tu petik pucuk ubi dan gulai masak lemak cili api campur ikan bilis...
gandingkan dengan Ayam Masak Kicap...
perghhh, sedapnya laugi-lagi makan kat pangkin bawah pokok...


3 yang komen:

Norhayati Mohd Isa said...

Pucuk ubi kerinting tu akak tak pernah makan lagi Azura..
Akak ingat pokok hiasan jer..

Raya ni tentu ada yg dah masak buah rambutan tu ye Azura..

mama tisya said...

rambutan tu dh masak sedap tu, oh ada kendondong juga

Normi Nieza said...

berbudi kpd tanah mmg xrugi..:)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com