Nuffnang Gadget

June 16, 2016

Nasi Tomato Untuk 9 Ramadan...

Kak Alycia dah bosan sebenarnya asyik makan benda yang sama dari puasa pertama sampai dah puasa ke-7...
so, sambil-sambil rehat masa training hari Selasa haritu sempatlah Kak Alycia search resepi...
bila baca blog Kak Fila terus tertarik dengan menu Nasi Tomato...
memang serius Kak Alycia tak pernah buat nasi pelik-pelik ni...
setakat nasik putih dengan lauk-pauk jer...

terus cepat-cepat salin resepi...
memang ayam, timun dan tomato ada dalam petiais nak habiskan stok...


tadaaaaaaa...
inilah set Nasi Tomato yang kak Alycia sediakan...
terima kasih Kak Filla bagi resepi yang mudah dan sedap ni...
Alycia minta izin kopipes resepi untuk rujukan yer...
tapi kak Alycia adjust sikit ikut saiz family kak Alycia dan bahan-bahan yang ada kat rumah...

Nasi Tomato.

3 pot beras basmathi (kak Alycia guna beras biasa jer)
2 sudu minyak sapi (kak Alycia guna marjerin)
2 biji bawang putih (hiris)
5 biji bawang merah / setengah biji bawang besar (hiris)
1 inci halia (hiris)
1 biji tomato (potong dadu)
3 biji bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 2 bunga lawang, 1 kayu manis.
1/2 tin kecil tomato puree (yang ni kak Alycia tak letak sbb takde)
1/2 tin susu cair
3 helai daun pandan diikat
sedikit garam

Basuh dan rendam beras 20 minit sebelum memasak... 
panaskan rice cooker, masukkan minyak sapi dan panaskan.. 
pastu tumis bawang, halia, bunga cengkih, pelaga, lawang dan kayu manis. 
 Bila dah betul-betul layu, masukkan tomato dadu dan puree.. kacau rata, masukkan sedikit garam.. Kemudian masukkan beras kacau rata dan tuang susu cair. kemudian tambah air dan daun pandan.. masak nasi seperti biasa.

Ayam Masak Merah (ni ikut resepi Kak Alycia)
1/2 ekor ayam
1 batang serai
1/2 inci halia ditumbuk
5 ulas bawang merah **
3 ulas bawang putih **
1 1/2 senduk cili kering blend
1 biji bawang besar dihiris kasar
2 sudu besar cili sos
sedikit garam dan gula


Memula ayam digoreng lembut jangan garing.

Bahan yang bertanda ** di tumbuk / kisar dahulu.
Serai ditiik.

Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih, halia dan serai.. masukkan cili blend. kacau hingga cili masak betul.. masukkan cili sos .
kemudian masukkan air sedikit, masuk garam dan sedikit gula.. 
Masukkan ayam.. gaul rata hingga betul-betul masak. 
Last sekali masukkan bawang kacau rata dan tutup api.. 
Siap untuk dihidang.

Acar Mentah (Resepi Kak Alycia)

timun
tomato ceri
lobak merah
bawang besar sebiji.
(sukatan ikut lah banyak mana korang nak)


hiris timun, bawang bear dan lobak merah.
tomato ceri dibelah 2.. 
masukkan 1 sudu gula, sedikit garam..
gaul rata.

Alhamdulilah, seronok tengok Abang Adam tambah 3 kali masa buka puasa tu...
Insya Allah akan buat lagi resepi ni...
tengkiu Kak Filla untuk resepi Nasi Tomato yang sedap...

lepas masak Nasi Tomato tu sepmatlah masakkan Kuah Durian untuk Adam...
sibuk sangat nak makan kuah durian dari sebelum puasa lagi...
kebetulan hari Selasa ada pasar tani, suruh papa dia carik durian sikit...

-- Kuah durian di makan dengan roti sedap sangat --

tanya Abang Adam nak makan kuah durian bila...
dia kata dah kenyang makan nasi tomato...
nasi sahur Abang makan...

apa-apa jerlah abang Adam...
yang penting mama dan masakkan...


2 yang komen:

Siti Rohaida Yusof said...

yang paling bawah tu sedap!!!!..lama tak buat ni

Rosmiza Ali said...

Yeay! Ada resepi utk nasi tomato.. Bolehla buat nanti tukar selera.. Asyik makan nasi putih je.. Huhu~
RosmizaAli.Com

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com