Nuffnang Gadget

June 9, 2016

Resepi Apam Pisang Minyak Kelapa...

sebenarnya Apam Pisang ni Kak Alycia dah buat sebelum puasa haritu...
ada lebihan pisang banyak, asyik-asyik buat kodok...
tukar pulak lah buat apam...
pernah member opis lama dulu bagi resepi apam pisang ni...
lama dah tak buat, jom kita buat apam pisang...
lagipun Abang Adam suka pulak makan apam pisang ni selain cekodok pisang...

lagipun semalam ada yang request nak resepi apam pisang ni sebab Kak Alycia pernah share di Instagram @myalycia...


Bahan-bahannya :
2 cawan pisang yang telah dilenyek (sedap kalau guna pisang berangan) **
1 cawan gula pasir **
1/2 cawan minyak masak **
1 biji telor ayam **
2 sudu teh soda bikarbonat **
sedikit esen vanila **
(bahan-bahan yang bertanda ** diblend dalam mesin pengisar)
2 cawan tepung gandum

Cara-cara Memasak :
1. Setelah bahan ** diblender, tuangkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan tepung sehingga tidak bergentel.

2. Ambil loyang pengukus, sapukan sedikit minyak masak dan tuangkan bahan tadi.

3.  Kukus selama 45 minit ke 1 jam (kalau guna acuan kecik-kecik macam Kak Alycia tu boleh kukus dalam 20 minit ke 30 minit)

4.  Sedia untuk dihidangkan.


Ha, senang sangat kan resepinya..
mana tau boleh buat idea untuk juadah berbuka puasa nanti...
selamat mencuba yer ;)

3 yang komen:

mama tisya said...

Sedap nmpk

Fai Nardir said...

memang senang sgt kak resepinya... yg bestnya sebab tak perlu bakar, cuma kukus je. boleh la buat...

adda syuhada said...

sedapnyer..

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com