Nuffnang Gadget

June 8, 2016

Selamat Berpuasa Semua...


Alhamdulilah harini dah masuk 3 Ramadan...
Masih belum terlambat Kak Alycia nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua...
eh, nampak sangat dah lama tak update blog kan huhu...
lagipun sempena Cuti Sekolah Kak Alycia saje ambik cuti 2 hari masa Puasa pertama dan kedua tu...
yelah, Abang Adam kan dah belajar puasa tahun ni...
jadinya kena lah support dia...
tanya dia nak makan apa nanti mama masak...
memang tahun ni Kak Alycia dah berazam nak buat kempen #jommasaksendiri...
tak nak dah nak beli-beli lauk.. 
bukan apa, 1 tak nak membazir...
yang keduanya takut dengar cerita member opis baru 2 hari puasa beli kat Pasar Ramadan dapat nasi mentah lah, air terlebih gulalah, mee masin lah...
ishhh, tu semua yang kak Alycia risau...
risau kat budak-budak yang makan...
kang ada yang sakit perut lah, muntah-muntah lah...
better masak kat rumah lauk-pauk...
kalau nak beli kuih-muih tu takpe...

so, ni menu Berbuka 1 Ramadan ...

-- Ayam Masak Kicap, Sambal Cili Api dan Ikan Bilis dan Salad Timun dan Tomato Ceri --

ha, menu Ayam Masak Kicap tu memang Abang Adam yang request...
suka sangat makan ayam...
kalau boleh hari-hari nak lauk ayam...
pastu tambah lagi 1 lauk pedas untuk en Ajip...
yang kuih seri muka tu jiran sebelah rumah bagi...
Alhamdulilah...


1 yang komen:

Fai Nardir said...

samalah dgn fai kak, tahun ni memang berazam nak masak sendiri je..

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com