Nuffnang Gadget

August 4, 2016

Kisah Raya Lagi...

haiii nasib lah orang dah habis Syawal, tapi Kak Alycia masih tak abis entry lagi huhu...

ok, yang ni kira campur-campur lah kisah raya Kak Alycia...

kalau raya pertama di kampung Kak Alycia, raya ke-2 kami balik ke Kuala Pilah kampung en Ajip pulak...

-- sebelum balik nak posing dulu anak-beranak --

tapi jangan lah tanye mana en Ajip sebab dia tukang ambik gambar...

kat Kuala Pilah pun tak jalan mana...
cuma malam tu kakak ipar ajak pergi jalan raya rumah kawan dia ada open house...
wah, bestnya raya ke-3 dah ada open house...

-- antara menu open house malam tu. nasi impit dan lemang makan dengan rendang ayam+kacang panjang. sedappp... lepas tu ada mee goreng, lepas tu ada nasi goreng cina makan dengan ayam bakar --

raya ke-3 pulak kami jalan-jalan ke Seremban rumah saudara en Ajip...

-- tengok Zhafran denga sepupu dia Nazrin. beza umur diaorang ni 3 minggu jer, tapi Nazrin lahir bulan 12, 2015... Zhafran lahir bulan 1, 2015 --

-- ni Adam dengan sepupu-sepupu dia belah Kuala Pilah --

-- dengan anak buah dan kakak ipar dan juga sepupu en Ajip. dah kenyang makan kita bergambar pulak --

ok, raya ke-4 pulak dah nak balik Mantin balik sebab adik-adik yang beraya kat rumah mertua masing-masing tu dah nak balik kampung...
so, time berkumpul dengan adik-beradik sendiri pulak...

sebelum tu sempat Kak Alycia beraya rumah bapa saudara di Batu Kikir, Kuala Pilah...
dan dapat posing ramai-ramai dengan sanak-saudara belah Nekma pulak...


dah besar-besar dah sepupu...
dulu kecik-kecik main sama-sama...
sekarang semua dah besar dah ada anak...
kendong anak memasing pulak...

ok, nanti sambung lagi kisah raya...
aci tak walaupun dah abis raya ;)


1 yang komen:

Azhafizah Md Nor said...

raya yang semestinya meriah sebab berkumpul ramai-ramai :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com