Nuffnang Gadget

October 28, 2016

Anak Selsema? Hidung Tersumbat?

Korang selalu tak yang ada anak kecik hidung selalu tersumbat??
atau berair??
nak kata selsema tak selsema...
tak kan nak bagi ubat selsema kan, sebab selalunya anak-anak di abwah umru 2 tahun tidak digalakkan makan ubat selsema...

salah satu cara yang doktor suggestkan pada kak Alycia ialah dengan menggunakan Nasal Spray.
jenama yang femes dan senang dibeli difarmasi adalah Sterimar...
macam gambar kat bawah tu...


Gunakan nasal spray yang berasaskan air laut kerana ia adalah bersifat neutral dan bertujuan untuk menjadikan hingus keluar bersama cairan tersebut. Antara jenama yang popular digunakan ialah Sterimar, namun anda perlu memilih Sterimar Baby kerana terdapat 2 versi iaitu untuk bayi & orang dewasa.

Cara penggunaanya ialah dengan memasukkan muncung spray ke dalam lubang hidung bayi sambil sebelah lagi lubang ditutup. Kemudian, picitkan spray selama beberapa saat ke dalam hidung bayi. Kesannya hingus akan berkurangan kerana ia telah keluar bersama cairan spray atau ditelan bayi. Harga pasaran untuk Sterimar Baby adalah dalam anggaran RM20 dan boleh didapati di kebanyakan farmasi di Malaysia.

Tepuk belakang anak beberapa kali di belakang dan di hadapan. Tepuk secara perlahan-lahan dengan membuat lohong bertujuan untuk melonggarkan kahak dan supaya ia keluar melalui najis ataupun muntah. Bayi anda akan menangis & meronta-ronta ketika proses ini, namun ia adalah normal.

(Sumber : SINI)

Memang Alhamdulilah, sejak Kak Alycia gunakan Sterimar ni pada Zhafran jarang selsema dan hidung tersumbat...

Pergi ke mana-mana pasti akan bawak dalam beg...
senang dan mudah kan ;)

-- tengok, nyenyak jer Zhafran tido malam hehe --

Just sharing ;)


3 yang komen:

Mama IDIRIQ said...

biras saya pun pakaikan anak saya yang ni.. memang bagus katanya.

Kin Naz said...

Ooo.. baru tau. Terima kasih atas perkongsian ni

Azhafizah Md Nor said...

bagus juga yang jenis spray ni kan.

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com