Nuffnang Gadget

October 29, 2016

Entry Makan-makan Lah...

Happy Saturday ualllsss...

Tak lupa juga nak wish Happy Deepavali kepada semua kawan-kawan yang sambut...
nasiblah Deepavali jatuh hari Sabtu, dah memang cutikan...
takdelah cuti-cuti extra...
budak sekolah jer untung dapat cuti lebih hehe...

Hari-hari cuti ni malas nak update entry lain...
entry tentang makanan dan masak-masak jer yang best...
ni entah bila punya koleksi pun tak tau...
memang dah ada dalam telefon, Kak Alycia share jer kat sini...

-- Nasi lemak paru dan kuih lompang --

hui, ni memang kalau mak mertua lalu pun tak nampak ni...
dah lama tak makan nasik lemak sebenarnya, lagi-lagi sambal paru tu...
lepas tu masa beli kat kedai tu nampak pulak kuih lompang...
beli jugakk ;)

-- sambal terung telunjuk, gulai ikan sembilang salai dan gulai siput sedut --

adoii, tetiba rindu nak balik rumah wan Pilah...
biasanya gulai siput sedut wan masak sendiri sebab Abang Adam suka wan masak...
ni makan kat kedai Nogori en Ajip bawak kat Shah Alam...

-- lempeng dan kari ayam --

ha, cuti-cuti ni tak tau nak buat sarapan apa, lempeng pun layan...
Kak Alycia suka buat lempeng yang ada garing-garing hitam-hitam tu...
sekarang ni Abang Adam pun dah pandai makan lempeng...
tetiba kata mama nak lempeng...
adoii, nasib senang nak buat...
kalau tak mama lempang haha...

-- makaroni goreng. feveret anak-anak --

boleh dikatakan makaroni ni mesti ada tiap-tiap minggu...
feveret Abang Adam dan adik Zhafran jugak ni...
buatlah banyak-banyak, dari pagi sampai ke tengah hari dia layan makaroni...

-- sedap mama Abang Adam cakap --

ok, tu jer lah...
nanti nak carik gambar makanan lagi kat phone...
boleh tak lepas ni nak tukar nama blog Kak Alycia Masak-masak ehhhh ;)


1 yang komen:

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com