Nuffnang Gadget

November 28, 2016

Minyak Mahal?? Jangan Risau. Jom Ubah Cara Masak...

Sekarang ni isu pasal minyak masak mahal dah jadi bualan hangat...
so, jom ubah cara masak kita pulak...

Perkongsian dari Majalah rapi yang Kak Alycia baru jer baca ;)

1. Mengukus



Mengukus adalah antara cara terbaik untuk menyediakan makanan dengan lebih sihat dan berkhasiat. Memandangkan ia tidak menggunakan kepanasan secara terus, makanan dimasak dengan zatnya masih boleh dikekalkan.

Anda boleh gunakan mesin mengukus khas, periuk kukusan ataupun guna sahaja kuali atau periuk dan letakkan jaring besi untuk diletakkan makanan anda. Ikan dan sayuran adalah perfect untuk metod ini dan ia dapat mengekalkan semua nutrisi penting tanpa lemak tambahan yang tidak sihat.


2. Memanggang

Ini juga pilihan yang baik untuk memasak memandangkan anda hanya perlukan sedikit ataupun tiada minyak. Lemak yang sedia ada di dalam makanan akan keluar secara natural apabila dipanggang dan ini menjadikannya lebih sihat.

Proses pemanggangan ini akan menggaringkan bahagian luar makanan tersebut memastikan flavour dan nutrien terkunci di bahagian dalam dan ini membuatkan makanan anda lebih sedap dan sihat. Pemanggangan sesuai untuk hampir semua jenis makanan.


3. Merebus

Merebus adalah satu metod di mana ia dilitupi air dan dibawa ke tahap reneh (bukan menggelegak ya!). Makanan ini direbus di dalam cecair sehingga ia masak dan cecair ini sama ada dibuang atau digunakan sebagai sup.

Cecair rebusan terdiri daripada air, stok sayur, air kelapa, air + herba dan rempah, jus tomato dan lain-lain yang mana ia boleh menaikkan flavour makanan anda serta menambah kandungan nutrien makanan.


4. Microwaving

Microwave boleh digunakan untuk memasak makanan dengan pantas tanpa menghilangkan nutrien penting makanan anda. Pastikan microwave anda sesuai untuk digunakan dalam masak memasak ini. Sila baca manual dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan kemalangan.


5. Stir-frying


Metod ini popular bagi masakan cina dan tidak salah untuk kita mengambilnya sebagai teknik memasak di rumah. Gunakan minyak yang minimal dan juga minyak yang sihat seperti minyak zaitun, kacang atau safflower.

Cooking spray juga boleh anda gunakan untuk menyalut kuali dan makanan. Nutrien makanan anda akan kekal memandangkan ia digoreng dengan minyak yang sedikit.

6. Separa masak atau mentah


Sayuran dan buahan sebaiknya di makan mentah seperti timun, tomato, bawang, bijian dan banyak lagi memandangkan cara itu akan memberi anda nutrien penuh makanan tersebut.

Tetapi tidak salah untuk anda celur sesetengah sayuran untuk sesetengah resepi atau ulam-ulaman. Pastikan celuran itu hanya sekejap sahaja ya.

(Sumber : SINI)
Notakaki Kak Alycia : Selain dari sihat, satu cara untuk turunkan berat badan ;)

1 yang komen:

Azhafizah Md Nor said...

sekarang ni hari hari makan ikan bakar dan ulaman je kak. nak masak pun senang dan bahan pun sikit :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com