Nuffnang Gadget

March 24, 2017

Gambar Masakan Lah...

haha matilah nak...
mesti korang kecam Qekra penuhkan blog dengan gambar masakan dan makanan...
sebab banyak pulak gambar makanan dalam galeri henfon Qekra...

-- Sambal Bilis Petai --

hui, ni kalau malam-malam post dekat Facebook memang kena kecam kata Qekra kejam hehe...
tak taulah sejak bila pulak Qekra addict dengan lauk bilis dan petai macam ni...
eh, takde lauk lain pun i rela okeh...
ada lauk macam ni pun dah laju makan...
silap-silap tambah nasik 2 kali ni...

-- Rendang Ayam Campur Daun Puding --

teringin punya pasal...
lama tak balik Kuala Pilah makan lauk rendang ayam campur daun puding Mak Pilah masak...
ni versi Qekra...
kebetulan pokok daun puding yang tanam at rumah pun dah besar sikit, boleh petik dah daunnya...
eh, korang tau tak daun puding ni...
ni bukan daun puding yang kaler-kaler tu...
ni daun puding hitam memang boleh buat masak...
kalau orang Negeri Sembilan tau kot daun puding ni...
selalu masak dengan rendang ayam...


complete dengan sayur campur dan sambal bilis petai carry forward hehe...


2 minggu lepas Qekra balik Kuala Pilah...
perghh, Mak Pilah masak rendang ayam daun puding ni...
memang tak boleh chalen lah...
memang terbaik mak Pilah masak...
siap Qekra ratah-ratah lagi daun puding tu...
makan bentang tikar kat luar rumah lagi laju makan...
ada pulak ulam-ulaman dan sambal belacan (dalam hati nak nangis jap, sebab sedap sangat)...


telor Bungkus versi en Ajip dan Sotong Goreng Kunyit...
ni feveret budak-budak...

-- Mee Goreng dan Sambal Kicap --

ha ni menu sarapan pagi...
kalau sesekali masakkan Mee Goreng macam ni memang laju lah budak-budak makan...
yang sambal kicap tu utk mama dan papa sebab mee tu memang masakkan tak pedas....



-- Spageti Goreng --

ni lagi 1 menu sarapan pagi feveret anak-anak Qekra...
kalau tak tau nak masak apa tanya Abang Adam nak makan apa...
mesti makaroni/spageti tu salah satu dalam list dia...

ok, banyak lagi tapi nanti Qekra update lagi...
kot-kot korang nak idea untuk masak esok kan ha boleh jugak ni hehe...


3 yang komen:

mama tisya said...

mcm2 menu ada..daun puding xpernh mkn...bilis goreng bawang tu sodap tp petai xmkn

ezan idma said...

Sedapnyaaaaa

Siti Rohaida Yusof said...

sambal ikan bilis petai lagi menyelerakan dari yang lain..serius

~ Kisahsidairy~

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com