Nuffnang Gadget

April 13, 2017

Menu Sarapan Yang Sihat ...

teringat dulu Qekra pernah share tentang menu sarapan yang sihat...
yelah, asyik nasi lemak, roti canai, mee goreng pun muak jugak kan...
sometimes kena ubah menu kepada makanan yang lebih sihat...


Ni Qekra buat wrap dengan sosej, telor scramble, salad dan tomato ceri...
sedappnya, lama rasanya Kak Alycia tak buat sarapan macam ni...

Antara menu sarapan pagi yang sihat untuk diamalkan:

1. Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun saderi, atau cendawan juga merupakan pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi kandungan protein.

2. Roti bakar yang berserat tinggi cukup berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.

3. Sandwic tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan terbaik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengah hari.

4. Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampurkan dengan susu segar merupakan sajian sarapan yang sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi.

5. Semangkuk salad sudah mencukupi untuk sarapan dan ia boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat serta rendah lemak.

6. Bagi melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri perlu dicampurkan bersama susu segar untuk mendapat sedikit kalsium yang mencukupi. Kuantiti makanan untuk sarapan bergantung kepada keperluan masing-masing tetapi makanlah secara sederhana. Jika tidak sempat pun, memadailah mengambil segelas susu atau jus oren dan sekeping roti.

(Sumber : Facebook)

Jom, kita ubah menu sarapan kita kepada menu yang lebih sihat ;)

6 yang komen:

Normi Nieza said...

sdapnya..:)

mama tisya said...

menu sihat ni

syawalsimpsons said...

SUKE BUAT WRAP BWK G OPIS

Siti Rohaida Yusof said...

wah...betul untuk kesihatan ni..rajinnya...

Azhafizah Md Nor said...

sedapnya! Fiza pun suka sediakan menu yang simple dan sihat :)

Nabila Syifa said...

lepak sini

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com