Nuffnang Gadget

June 13, 2017

Berbuka Puasa Di Kuala Pilah...

Selalunya acara berbuka puasa di Kuala Pilah memang Qekra suka sangat...
macam sesuatu yang ditunggu-tunggu haha...
sebabnya suka melayan makanan kampung yang rare kat sana...
eh, Qekra pun orang kampung jugak...
tapi makanan kat Kuala Pilah tu macam sejenis dia punya rare...
tak tau nak describe macam mana...
sejak dah jadi menantu orang Kuala Pilah ni baru tau...

Memang dah plan dah nak masak apa bila balik sana...
Rendang ayam campur daun puding...
perghhh, sodapp...
tapi bukan Qekra masak.
mak mertua yang masak hehe...

-- Rendang Ayam Campur Daun Puding --

lepas tu Abang Adam request dekat Wan nak lauk siput sedut...
ni takde beli lauk siap, memang Wan masak dari yang beli siput fresh tu...

-- kat sana siput sedut ni sekilo RM 16. tak tau lah mahal ke murah sebab jarang beli pun --

-- Siap lah Gulai Siput Sedut abang Adam. Campur dengan keladi sayur--

Dan lagi satu kena carik kuih feveret kalau balik Kuala Pilah...
Kuih Sopang orang sana panggil...

-- nilah dia Kuih Sopang. Ala-ala badak berendam. tapi bentuk lonjong --

Hari Ahad sebelum balik tu sempat singgah Pasar Tani Batu Kikir beli lauk basah...
dan siap-siap beli puyuh salai...
Wan masakkan sebelum balik...

-- Gulai Puyuh Salai Campur Pegaga --

Jangan pelik kalau nampak gulai semua pekat-pekat macam takde kuah...
memang stail orang sana masak camtu hehe...



6 yang komen:

mama tisya said...

gulai puyuh tu tkde kuah ek...lama xmkn siput sedut

Siti Rohaida Yusof said...

semua makanan memikat selera,nak siput sedut tu...hehehe..tak pandai masak,tapi beli pandai...

Normi Nieza said...

tgk gambar pun thu tu sdap..:)

Warisan Petani said...

Sedap3 belaka.

Azhafizah Md Nor said...

Rendang Ayam Campur Daun Puding dan kuih sopang mak mertua den memang sodap :)

adianiez AIDA said...

ya Allah. sodap sodap lauk nismilan!!!
untung lah...

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com