Nuffnang Gadget

June 13, 2017

Ibadah Yang Boleh Dilakukan Oleh Wanita Di Dalam Haid dan Nifas...

Assalammualaikum,
Salam 18 Ramadan untuk sahabat Qekra.
Sekejap jer kan masa berlalu...


Ni Qekra nak share Ibadah-ibadah yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita yang berada dalam haid dan nifas. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini :

1. Berdoa dengan apa sahaja doa termasuk dari al-Quran

2. Beristighfar; termasuk istighfar dari al-Quran

3. Berzikir; sama ada bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.

4. Berselawat kepada Nabi

5. Mendengar bacaan al-Quran

6. Menghadiri/mendengar majlis ilmu (yang diadakan di tempat lain selain masjid)

7. Mengulang hafalan al-Quran (mengikut pandangan Imam Malik)

8. Membaca buku-buku agama termasuk kitab-kitab hadis

9. Bersedekah

10. Membuat kebajikan kepada orang lain

Bagi doa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.

(Sumber : Dari FB)

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada smua ;)

0 yang komen:

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com