Nuffnang Gadget

June 2, 2017

Ramadan 1 -Ramadan 7 2017...

Assalammualaikum,

Salam 7 Ramadan 1438 H daripada Qekra ;)

"Barangsiapa yg beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam." ~ (HR. Bukhari-Muslim).

Bulan puasa ni kena bagi mukadimah baik-baik sikit hehe...
Hui, jelesnya Qekra tengok masing-masing update menu bersahur dan berbuka...
Qekra dah masuk 7 Ramadan baru nak update...
tu pun kopipes jer balik yang share kat FB...
sebab minggu ni Qekra busy sikit ada sesi training...

Jom la tengok mana-mana menu yang sempat di ambil untuk Ramadan kali ni...

-- sahur Ramadan yang pertama. Abang Adam request nak makan kueytiow goreng. Nasib lah jatuh hari cuti kan. Gigih jugak lah pagi tu mama bangun masak. Pukul 4.00 pagi mama kau dah tung tang kat dapur haha --

Hari Ramadan pertama tu berbuka rumah Nekma...
Alhamdulilah, complete 1 family dapat berbuka puasa bersama...
kebetulan jatuh time cuti sekolah...
dapat lah berbuka dengan adik Qekra yang tinggal kat Sarawak tu...

Ramadan ke-2 Qekra masak rumah Nekma sebelum bawak balik Putrajaya...
dah siap-siap masak Pajeri Terung, Ayam kicap dan kuah durian...
Hui, tetiba bulan puasa ada kuah durian pulak...

-- Menu Iftar 2 Ramadan --

Pajeri Terung dan Ayam Kicap masak sendiri...
pastu yang lan\in-lain beli di Param Bandar Baru Bangi...
ada churos, roti bom, tongkeng ayam percik dan keria gula melaka.

-- Kat Param Bandar baru bangi jumpa air Alpukat ni. Biasa request kat kedai ayam penyet. Sekarang kat Param pun dah ada. 1 bekas tu RM 5. Ok, rasa sedapp --

-- Ni Iftar 5 Ramadan --

Tanya nak berger beli ke buat...
Abang Adam kata buat, gigih la papa dia buatkan...
nasib la roti burger nan ado.
roti 4 petak jer ada...
tapi habis jugak dia makan...


-- Menu berbuka 6 Ramadan --

Semalam Qekra order Ikan Keli Bakar Portugis dari ofismate.
Sedap, kuah dia pun sedap.
Senang kojo den balik dah tak payah masak banyak..

Kat rumah cuma tambah lauk sup sayur dan fucuk...
pastu Sambal ikan bilis garing jer...
Pulut inti dan kuih tepung pelita tu dari Param...

ok, itu ajer...
minggu ni nak balik Kuala Pilah...
dalam kepala macam-macam dah fikir nak makan apa haha...

Selamat Berpuasa dan Berbuka untuk semua sahabat Qekra ;)


3 yang komen:

mama tisya said...

ari kj kita smp umh ..mil dh siap masak...kalo vkend bole la masak2..tp kalo ari kj smp awal bole la tlg2

idzwa kamaruddin said...

wow keli tuuuuu

Azhafizah Md Nor said...

selamat berpuasa kak. meriah menu berbuka dan bersahur pun simple je. terbaik!

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com