August 17, 2017

6 Kelebihan Jika Ada Berderet Anak Lelaki....

Qekra tertarik pulak baca 1 artikel di Majalah PAMA yang tajuknya 6 Kelebihan Jika Ada Berderet Anak Lelaki.
Qekra ni takdelah berderet lagi, baru jer 2 orang hehe...
tapi 2 orang tu pun kadang-kadang pening kepala dengan macam-macam perangai...
Selalu kata kat Abang Adam dan Adik Zhafran macam jaga anak 5 orang hehe...

Ok, ni yang Majalah PAMA sharekan 6 kelebihan tu :

1. Senang Beli Baju
Ni biasanya baju budak-budak lelaki takdelah berfesyen-fesyen. Ikut trend semasa.
Ofkos baju lelaki biasanya t-shirt, kemeja, sluar pendek, jeans kan...
Kalau shoping time raya sukalah jugak Qekra belikan baju sedondon untuk Abang Adam dan Adik Zhafran...



2. Cepat siap bila nak keluar
Haah, tak payah nak buat tocang rambut bagai. Pakai baju, letak minyak kat rambut, sikat rambut, sapu bedak dah siap.
Qekra memang ajar diaorang dari kecik ada tempat simpan aksesori macam bedak sikat tu sendiri.
macam Adik Zhafran pun tau bila kata pergi ambik tempat sikat, terus dia bawak bekas sikat dia.

3. Kongsi Baju Adik-Beradik
Ni memang terjadi. Selalu bila baju Abang dah kecik, akan simpan kat stor untuk adik pakai.
Tapi sebab jarak Abang Adam dan Zhafran pun jauh 6 tahun, kadang-kadang ada yang dah bagi kat anak sedara atau anak kawan-kawan...
rasa lama sangat pulak baju tu tak berpakai.
Tapi kebanyakan baju Zhafran masa baby pakai Abang Adam punya jer.
Qekra cuma tambah sikit-sikit jer...
-- ni kebanyakan baju Zhafran dari Abang Adam punya masa baby --

4. Barang Mainan Tak Mengarut
Biasalah barang mainan budak lelaki.
Kereta, bola, senapang.
Eh, tapi boleh tahan mahal jugak toys budak lelaki ni.
Macam Abang Adam dia dah pandai pilih toys dia macam Ultraman, set LEGO...
tapi dia jenis yang sayang mainan, lepas main akan simpan elok-elok.
Biasa barang mainan Zhafran masa kecik pakai yang Abang Adam punya.
masih elok lagi Abang Adam simpan.
Cuma adik dia ni ganas sikit, mainan main sepah dan campak-campak jer.
Kejap dah rosak hehe...

-- motor ni dari zaman Abang Adam smpai adik Zhafran sekarang --



5. Banyak Ruang Di Rumah
Ni pun 1 kelebihan jugak.
Dah anak sama jantina, bolehlah 1 bilik tu share untuk bilik tido, bilik main, bilik belajar.
so, ruang @ bilik lain tu bolehlah digunakan untuk kegunaan lain pulak...
Ingat Qekra masa kecik-kecik dulu pun adik-beradik pompuan share 1 bilik.
Bila dan besar baru ada bilik 1 sorang...


-- belajar sama-sama dalam 1 bilik --

6. Ibu Jadi Tumpuan
Ofkos lah kan dah mama sorang jer bunga dalam rumah.
Sentiasa jadi 'permaisuri di hati' semua orang dalam rumah ;)

-- besday mama pun ada jugak yang sibuk himpit-himpit nak potong kek hehe --



4 yang komen:

Shafyqah Azry said...

betul tu betul sebab cousin sha anak dia tiga orang lelaki, senang je mainan beli pistol, kereta, bola ><

Siti Rohaida Yusof said...

alahaii...bagus jugak kan ramai anak lelaki ni je...kita ada dua kuntum tu pun...hahaha...nak bersiap,tang nak ikat rambut tu payah..sampai berkejar kak,ingat nak dapat sorang lagi..harap lelaki...heheheh

Sheila Adziz said...

cpt siap bila nak keluar tu setuju sgt sis... akak ni 3 puteri... haish... mmg lambat nak bersiap... hehehe

Azhafizah Md Nor said...

senang beli baju tu paling senang ye tak? kalau baju anak perempuan banyak pilihan for sure rambang mata..hehehe

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com