September 5, 2017

Aidiladha Kami Tahun Ni...

Assalammualaikum...
harini kebanyakan start kerja dah kan...
cuti lama 5 hari...
terima kasih jugak Kerajaan Malaysia bagi cuti Umum 1 hari sempena kejayaan Malaysia meraih pingat dalam Sukan SEA ;)

Ok, cerita Aidiladha pulak...
tahun ni Aidiladha Qekra sambut di kampung Qekra...
malam Rabu tu dah balik kampung dah...
kebetulan memang dah cuti dari Selasa pun sebab taska Zhafran tutup...
malam tu balik jer terus bawak Nekma pergi cari daging nak buat rendang...

So, hari Merdeka tu tugas memasak jer kat dapur...
Nekma masak rendang...
Qekra masak kuag kacang...
Nasi impit masak dalam Periuk Noxxa 30 minit siap...
lemang pulak sepupu-sepapat gotong-royong bakar sama-sama...
merasa lah jugak tahun ni lemang buatan sendiri, bukan beli...

-- menu wajib di hari raya. Lemang, nasi impit, kuah kacang dan rendang --

-- rendang daging Nogori, so memang kena nampak hitam sikit --

-- kuah kacang yang Qekra masak --

Pagi raya tu, hanya 2 beradik jer yang ada kat rumah Nekma...
Qekra dan adik Qekra yang no.3...
yang no. 2 kat rumah dia sebab baru kematian suaminya kan...
dan yang no. 4 tu balik rumah mertua di Perak...
memang Umi adik yang no. 2 tu kami tak paksa balik pun...
biarlah dia di rumah dia, sebab dekat dengan mertua...
lagipun dia kata nak ziarah kubur arwah suami dia...
lagipun kami plan nak datang ramai-ramai rumah dia dan tido sana semalam...

-- ini jer 1 gambar yang ada di pagi Aidiladha. bersama Nekma, adik ipar, Zhafran, Abg Adam dan Faleeq anak sedara Qekra --

-- Nekma bersama 3 orang cucu --

lepas solat, terus ziarah kubur arwah ayah...
balik rumah dan aktiviti makan makan makan hehe...

-- see, Abang Adam seanag hati tido baring makan. Adik zhafran kalau jumpa lemang tak pandang lain dah --


5 yang komen:

mama tisya said...

kusyuk si kecik tu layan lemang ye

Normi Nieza said...

salam aidiladha qekra..:)

DrCat said...

salam aidil adha..hari ni tuesday blues hahahaha

adda syuhada said...

sedapnyer..

Azhafizah Md Nor said...

tengok menu raya raya teringin pulak makan semua ni.

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com