September 19, 2017

Hargailah Anak-anak Kita...

Assalammualaikum sahabat Qekra ;)

Sambil-sambil breakfast depan PC ni Qekra update blog sekejap...
tak tau nak update apa sebenarnya...
banyak nak story-morry...
entah tetiba takde idea....

tapi nampak koleksi gambar bersama anak-anak ni terus Qekra update yang ni jer lah hehe...

lepas peristiwa kebakaran yang meragut nyawa anak-anak tahfiz minggu lepas,
Qekra selalu cakap dengan hasben macam manalah kita kalau tetiba Allah ambil nyawa anak kita macam tu kan...
smoga ibubapa yang terlibat tabah...
Insya Allah, anak-anak syurga tu dah menunggu kat sana...

Lagi Qekra tak dapat tahan airmata bila baca kisah seorang pelajar yang menulis surat terakhir untuk ibu dan bapanya...
Sesungguhnya niat dia masuk tahfiz sebab nak bantu mak ayah masuk Syurga.
Allah, mengalir airmata Qekra baca...

Al-Fatihah untuk anak-anak tahfiz...


Saje nak tepek gambar bersama anak-anak...
Hargailah anak-anak kita...
kata seorang cikgu Qekra, kita hanya ada masa 12 tahun sepanjang hidup mereka bersama...
lepas tu mereka dah semakin jauh dengan kita...
akan masuk sekolah asrama, lepas tu belajar di universiti, berada di alam pekerjaan,
lepas tu berkahwin...






3 yang komen:

Siti Rohaida Yusof said...

setuju kak,masa nilah kita nak manja dengan diorang ni,sok2 dah besar memang takdelah nak manja² lagi kan..

Elih Japahar said...

Selalu pesan dgn bini, kalau anak nak manja2..layan habis masa kecil ni sbb bila besar nanti pegang tangan pun tak nak dah tu..hehe

Azhafizah Md Nor said...

Hargailah semua yang berada di sekeliling kita :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com