Nuffnang Gadget

October 3, 2017

Eat Clean Dan Kelebihannya...


Sejak dua-menjak ni Qekra cuba amalkan konsep pemakanan yang berunsurkan Eat Clean..
sebab nampak ramai kawan-kawan Qekra di Facebook dah berubah ke arah Eat Clean...

sebenarnya Eat Clean ni bukan satu program diet yer...
Ia adalah satu konsep pemakanan yang sihat, menjurus ke arah makanan semulajadi dan bukan diproses...

Sebolehnya kita perlu kurangkan kadar pengambilan garam, gula, minyak, makanan berlemak dan memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Bahan-bahan lain seperti protein tetap diambil dengan proses penyediaan yang sihat seperti kukus, rebus dan panggang.

Kaedah Memulakan Eat Clean

Di antara beberapa cara untuk memulakan eat clean ialah:-
  1. Makan dalam portion yang kecil, 5-6 kali sehari untuk menjaga kestabilan gula dalam darah.
  2. Mengambil protein yang lebih baik iaitu daripada sumber ayam, ikan, telur dan daging tanpa lemak.
  3. Hindari semua makanan manis (gula, roti, kuih, kek,gula-gula, tepung putih, nasi putih dan sebagainya)
  4. Hindari makanan berlemak jahat dan trans fat.
  5. Hindari soda dan minuman tinggi kalori yang berasal daripada gula.
  6. Hindari makanan yang mengandungi kalori yang tinggi, misalnya junk food (makanan ringan) dan yang digoreng terutamanya deep fry.
  7. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.
  8. Perbanyakkan proses memasak dengan kaedah kukus, rebus atau panggang.
Manfaat Melakukan Kaedah Eat Clean :
  1. Pengurangan kadar lemak tubuh (inch loss)
  2. Pengurangan berat badan (weight loss)
  3. Menambah tenaga
  4. Kulit lebih sihat
  5. Rambut lebih cantik berkilau
  6. Tidur lebih nyenyak
  7. Meningkatkan imuniti tubuh
  8. Menghilangkan stress
(Sumber : SINI)

Ok, lepas ni Qekra share beberapa menu Eat Clean yang pernah Qekra masak.
Eh, kadang-kadang sampai mood malas tak Eat Clean jugak hehe...


5 yang komen:

Siti Rohaida Yusof said...

nak eatclean jugak....

Warisan Petani said...

Amalan pemakanan sihat untuk menjamin kesihatan yang berpanjangan.

MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman said...

Eat clean ni memang bagus, cuma kena maintain jaga pemakanan.

+ e.z + said...

I buat part minum air byk je. he2

Azhafizah Md Nor said...

Bagus kalau disiplin amalkan eat clean ni kan kak

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com