November 2, 2017

Mudahnya Semak Markah Pelajar...

Assalammualaikum...
zaman sekarang yang serba pantas, semua maklumat dihujung jari...
bukan nak shoping online jer sekarang guna Internet...
nak semak markah pelajar pun sekarang dah mudah...
kita online jer...

takde dah macam kita dulu-dulu, selagi anak tak bawak balik kertas exam atau report card, selagi tu lah parents tak tau keputusan peperiksaan anak-anak kan...

SAPS Ibu Bapa adalah sebuah sistem yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memudahkan ibu bapa memantau dan melakukan semakan keputusan peperiksaan secara online.


Sistem Semakan SAPS Ibu Bapa 2017 ini sangat berguna buat ibu bapa kerana memaparkan slip keputusan, markah peperiksaan serta kedudukan dalam kelas pelajar. Dengan adanyanya sistem SAPS Ibu Bapa NKRA ini sekaligus dapat memudahkan ibu bapa untuk memantau prestasi dan perkembangan akademik anak masing-masing. 
Adam pun dah tau sekarang ni, kalau cikgu dia lambat bagi markah exam mesti dia tanya... Mama dah check kat sistem online ke markah bang hehe...

1 yang komen:

Azhafizah Md Nor said...

Bagus ada sistem SAPS ni

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com