January 3, 2018

Tahun Baru 2018...

Assalammualaikum...
Masih belum terlambat untuk Qekra ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2018 kepada semua...
Qekra tak target Azam apa...
tapi Qekra sentiasa berazam untuk menjadi ibu terbaik untuk anak-anak, isteri yang terbaik dan anak yang membanggakan family Qekra...
Qekra sentiasa doakan mama dan mak mertua Qekra diberi kesihatan yang baik...

Dan Qekra sentiasa berdoa bisnes online yang Qekra buat iaitu menjadi Agen Seqybeauty terus berkembang...
Alhamdulilah, dengan income yang ada ni dapatlah tambah pendapatan Qekra dan family...

Oh ya, bila cakap tentang 2018 pasti smua akan ingat kisah anak sekolah...
ye, tahun 2018 ni Abang Adam dah masuk darjah 3...
semangat baru semua kelengkapan nak sekolah serba baharu...
yelah, budak lelaki sekejap dah tinggi...
sluar dan baju sekolah dulu memang dah tak boleh pakai dah...
memang serba-serbi baharu...

-- semangat nak ke sekolah semalam --

Adik Zhafran pulak dah nak masuk 3 tahun tahun ni...
sekejap jer dah besar ana-anak mama...
Mama pulak rasa dah tua dah hehe...

Malam tahun baru tu kami tak ke mana pun...
stay kat rumah sambil layan movie...
kebetulan Putrajaya ada Pesta LAMPU kan sempena ambang tahun baru...
sempatlah kami tengok bunga api dari balkoni rumah hehe...

Ok, sampai sini dulu...
Qekra doakan semuanya ceria menyambut tahun baru 2018 ;)


5 yang komen:

Siti Rohaida Yusof said...

selamat tahun baru...wah..semangat dia nak ke sekolah kan

Warisan Petani said...

Selamat tahun baru 2018.
Semoga rezekinya bertambah2 lagi.

unaizah hussein said...

hi. singgah sini.
budak2 cepat membesar. jenuh jugaklah kan membeli baju dengan seluar kasut bagai yang baru huhu

Normi Nieza said...

selamat tahun baru qekra..:)

mama tisya said...

selamat thn baru..selamat kembali ke sekolah adam

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com