February 19, 2018

18 Februari | Birthday Abang Adam...

Assalammualaikum...
ada yang masih bercuti lagi ke...
maklumlah budak-budak sekolah pun cuti lagi kan harini...
Qekra dah start kerja dah harini...

oh ya, 18 Februari 2018 adalah ulangtahun kelahiran Abang Adam yang ke-9 tahun...
Selamat Hari lahir Abang Adam...
Mama doakan Abang sentiasa dibawah lindunganNya, diberi kesihatan yang baik, dan jadi anak yang baik buat mama dan papa.
Mama, Papa dan Adik Zhafran sayang Abang...


kebetulan 17/2 ada kenduri kahwin sepupu di kampung...
dah alang-alang ramai tu terus lah beli kek dan potong kek sekali lepas kenduri tu...

-- Abang Adam dan Adik Zhafran. dua-dua berbeza karektor haha --

Semalam masa birthday Abang Adam baru mama perasan dah 9 tahun umur abang.
Sekejap jer masa berlalu.
Betul lah kata seorang sahabat, nikmatilah saat mereka membesar depan mata.
Sebab tempoh mereka akan bersama dengan kita singkat sangat. Sampai umur 12 tahun jer.

Nanti lepas tu akan sibuk dengan kehidupan asrama.
Lepas tu sibuk dengan kehidupan belajar di universiti.
Sibuk pulak dengan kehidupan alam pekerjaan.
Dan sibuk pulak dengan kehidupan berumah-tangga.

Sekarang mereka menangis meragam, esok dah takde yang nak meragam depan kita.
Sekarang mereka sepah-sepahkan rumah, esok dah takde siapa nak sepahkan rumah kita.
Sekarang mereka tidur berkepit celah ketiak mama, esok dah takde nak berkepit dengan kita.

Enjoy the every moment.
sebab kita pasti akan merindui saat-saat anak membesar depan mata.


5 yang komen:

atiqah mutaza said...

handsom adam.nampak matang n bijak muka dia.. moga menjadi anak yang soleh ye adam

Nieyla Nadia said...

Happy birthday abg adam...
sama nama ngan anak buah nieyl...
Semoga menjadi anak yg soleh di dunia dan akhirat ..Amin..

Mimi Azirah said...

Selamat hati lahir Abnag Adam. Dah besar anak bujang ni

Azhafizah Md Nor said...

Happy birthdy abang Adam, semoga membesar menjadi anak yang soleh.Aamin

Shahida Dzulkafli said...

Happy belated birthday abang adam..

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com