March 5, 2018

Bila Balik Kuala Pilah...

Assalammualaikum...
Apa khabar sahabat alam maya Qekra ;)
Hampir seminggu lebih jugak Qekra tak update blog pinky Qekra ni...
kesibukan tugas sangat ...

oh ya, weekend lepas Qekra balik rumah mertua di Kuala Pilah...
kalau balik Kuala Pilah selain agenda jenguk mertua ada agenda lain jugak hehe...
salah 1 nak makan makanan rare kat pekan Kuala Pilah tu...

Selalu kalau nak balik mak mertua mesti masak lauk rendang ayam campur daun puding...
dulu tak pandai makan...
tapi sejak kahwin dengan orang Kuala Pilah ni dah pandai makan dah hehe...

-- menu makan tengah hari. Rendang ayam campur daun puding, telor dadar, terung telunjuk goreng dan ulam pegaga --

pagi Sabtu tu plan nak jalan ke pekan Kuala Pilah...
sebab setiap hari Sabtu ada pasar tani...
Abang Adam sibuk nak makan ikan keli...
tapi takde pulak ikan keli...
tak ramai peniaga jual hari Sabtu tu...

teruslah tukar plan layan mee goreng dan cendol...

-- ni mee goreng kat pekan Kuala Pilah --

Warung depan dengan Pasaraya Minang tu...
adoiii, sedap betul mee gorengnya...
sebab ada banyak tahu, pastu mee goreng tu goreng garing...
terasa-rasa lagi Mee Goreng tu kat tekak haha...

-- ni pulak cendol bas stand kat Kuala Pilah --

en Ajip kata kalau balik Kuala Pilah tak makan cendol bas stand ni memang tak complete...
kena jugak merasa walaupun hari Sabtu tu cuaca tak berapa nak panas hehe...

Macam biasa en Ajip punya pilihan cendol santan + pulut...
dia tak suka cendol hijau tu...
Qekra pilih cendol pulut...
sedapppp yummy....


6 yang komen:

Warisan Petani said...

Sodap2 belaka.

Hans said...

masak lemak cili api tak ada ker?
hehehe

Siti Rohaida Yusof said...

cendol tu yang sedap tu kan...kena time panas² ni..memang syok

Normi Nieza said...

klu balik kg xtvt makan2 tu wajib..:)

Mia Liana said...

sedapnya.... nak cendolllll...

Shahida Dzulkafli said...

rasa cam nak nangis tengok entry ini.. Dahlah sekarang ini waktu lunch..

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com