March 15, 2018

Bubur Nasi Noxxa...


Sejak dah ada periuk Noxxa, rasa senang sikit masak benda-benda yang lama kena masak...
macam nasi impit, bubur nasi hehe...
macam bubur nasi Qekra try guna periuk Noxxa...
so tak payah lah nak kena jaga kat atas api...
masukkan jer semua bahan pastu tekan...
30 minit dah siap...

Meh Qekra share nak buat Bubur Nasi guna Periuk Noxxa ni...

Bahan-bahan :
1 cawan beras (basuh dan toskan)
4 cawan air
sedikit ayam cincang (agak-agaklah banyaknya)
1/2 batang carrot (potong dadu) 
1 inci halia (hiris halus atau ketuk)
1 kiub pati ayam
sedikit garam

Cara membuatnya :
1. Masuk semua bahan dalam periuk
2. Tutup periuk dan laras tombol ke arah Pressure. Tekan High Pressure 20 minit dan ON.
3. Apabila periuk bunyi tit-tit, laras tombol ke arah Steam dan lepaskan wap tekanan. 
Apabila tiada bunyi berdesir, tekan OFF dan buka tudung periuk dengan perlahan.
4. Kacau rata. Sedia dihidangkan. Boleh tambah perisa lada sulah, bawang goreng atau daun bawang.



5 yang komen:

mama tisya said...

adik kita pn aritu masak bubur guna noxxa...senang kn ..kita tk pernh try lg

Farahain ZFA said...

wahhh ain pun ade gak periuk noxxa ni. mmg cepat n mudah .. tapi bubur tak penah masak lagi . nak kena cuba lagi ni :) thanks share resepi.hehehe

Hans said...

nampak cantik kondisi bubur tu

Azah Rahaman said...

noxxa pemudahkan kerja kita :D

jom join segmen Azah :D
http://www.azahrahaman.com/2018/03/segmenazahrahaman-aku-seorang-blogger.html

Mia Liana said...

bestnya ada periuk noxxa tu...

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com