April 13, 2018

Melayan Selera Anak-anak Di Hujung Minggu...

Salam Jumaat yang barakah buat semua.
Ni kisah weekend lepas.
Kebetulan papa en Ajip outstation seminggu di Johor Bahru...
so, bila papa dia takde memang tak pergi mana-mana pun.
Malas nak keluar lagi-lagi sekarang musim panas kan.

So, Qekra cakap dengan budak-budak harini mama masak apa yang korang nak makan.
Macam macam lah permintaan nak makaroni nak mee goreng.

-- breakfast mama masal Makaroni Goreng. Untuk mama lempeng granola --

Pagi tu gorengkan diaorang makaroni goreng.
Macam biasa untuk mama suka yang breakfast ringan.
Mama makan lempeng granola jer.
Bila nampak lempeng ada yang request mama nanti petang nak makan lempeng boleh?

-- Sotong goreng kunyit dan salad tuna --

Tengah hari mama masakkan Sotong Goreng kunyit.
Senang 1 lauk jer semua protein sayur dah ada dalam tu hehe..
Sebenarnya Qekra dah plan nak buat Salad Tuna pagi tu makan breakfast.
Sekali dah buat lempeng pulak.
So, Salad Tuna ni Qekra bawak makan ke menu lunch.
Eh, sedap makan gitu jer atau dengan nasik panas-panas.
Sebenarnya nak habiskan stok brokoli. 
Brokoli kalau simpan lama nanti cepat kuning kan.

-- lempeng + nutella --

Petang tu masakkan diaorang punya lempeng.
Buat 2 keping sorang habis dua-dua makan.
Pastu cicah dengan Nutella.
Tak faham mama, selalu orang cicah lempeng dengan sambal kan hehe..
Budak-budak zaman sekarang.

Tapi Qekra enjoy dapat layan selera anak-anak.


1 yang komen:

Farahain ZFA said...

nyum nyumm.sedappnyaa... :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com