May 31, 2018

Gulai Cendawan Busut...

Assalammualaikum.
Alhamdulilah, harini dah masuk 15 Ramadan.
Maknanya dah 15 hari kita berpuasa kan ;)

Macam mana dengan ramadan semua.
Pasti kita ingin jadikan Ramadan ini yang terbaik buat kita.
Dan sebagai seorang wanita, memasak tu salah satu tugas hakiki hihi.
Orang pompuan ni rasanya paling sibuk sepanjang bulan puasa.
Sebab rasa hari-hari nak masak juadah sedap-sedap untuk berbuka.

Dah 15 hari puasa, adalah 3 - 4 hari jer tak masak.
Selebihnya Qekra lebih suka masak sendiri di rumah.
Biasa citarasa anak-anak dan en Ajip lah kita utamakan.
Qekra ni tak kisah makan apa-apa, janji kenyang.
Tak pernah demand nak makan itu ini.
Syukur lah setiap rezeki apa yang kita makan haritu.

Eh, panjang pulak mukadimah hehe.
Sebenarnya nak cerita tak ingat puasa bila, puasa ke-6 kot.
En Ajip wasup gambar cendawan busut.
Dia kata tadi ada kawan ofis bawak, ada ambik sikit bawak balik rumah.

-- nilah cendawan busut yang en Ajip tunjuk tu --

Dah tau feveret dia mesti nak masak lemak cili api.
Cakap bawak lah balik nanti petang masakkan.

-- ni Gulai Cendawan Busut. Qekra tak campur apa pun, hanya perencah ikan bilis sikit --

Sebanrnya en Ajip sorang jer makan cendawan busut tu kat rumah.
Qekra tak makan, sebab cendawan kan sejuk.
Takut angin 1 badan.

-- ni juadah berbuka puasa masa puasa ke-6 tu --

Gulai cendawan busut, lagi Qekra masak ayam goreng kunyit, salad telor puyuh dan tomato.
En Ajip beli popia basah dan kuih seri muka.
Pastu Qekra goreng roti sosej frozen untuk Adik Zhafran.
Alhamdulilah, syukur selalu.
Notakaki Qekra : dulu kata nak update menu berbuka hari-hari. Nampaknya banyak nak kena kejar entry ni hehe.

5 yang komen:

Shahida Dzulkafli said...

sedap cendawan busut tu.. Sha first time makan terus tersuka.. kikiki..

mummy_ayu said...

wah...sedap tu. Ayu memang suka bab cendawan ni.

Normi Nieza said...

cik nor msak air jer cendawan busut tu..:)

Siti Rohaida Yusof said...

kita tak pernah makan cendawan busut tu..sama ke dengan cendawan biasa?

adianiez AIDA said...

rasa nyer sama ke dgn cendawan tiram tu?
so far, aida ngap aje cendawan ni.
tapi tak pasti, pernah ke makan cendawan busut ni.

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com