May 21, 2018

Puasa Ke-2 Dan ke-3 ...

Assalammualaikum. Salam 5 Ramadan.
Biasa bulan puasa ni kita tak payah nak fikir posting apa nak buat hehe.
Semua mesti suka bulan puasa sebab boleh buat posting buka puasa kan.
Tengok lah rajin ke tak Qekra update posting puasa sampai hari ke-30 haha.

Ok, Jumaat Ramadan ke-2 tu Qekra masak simple jer.

Sup petola campur fucuk dan suhun, Ikan sardin sambal cili api, semestinya untuk Qekra ikan sardin bakar dan istimewa dapat order rendang paru Nana dari blogger Fauzana...

Yang kuih bungkus tu pulut inti kelapa.
kuih feberet en Ajip, sekarang 2 orang anak-anak pun dah ikut selera papa dia.
Dah 2 hari puasa ada jer kuih pulut ni.
Nasib mama sejenis tak suka manis-manis sangat.
Qekra lebih suka kuih pedas macam karipap atau popia sambal.

-- Rendang paru dari Nana. Boleh pulak abang Adam cakap mama acik tu boleh tak buat rendang jer, paru tak payah. Abang tak suka paru hehe --

Hari Sabtu Puasa ke-3 pulak Qekra berbuka ramai-ramai rumah adik.
Patutnya biasa minggu pertama buka dengan Nekma, tapi Nekma duduk sementara dengan adik Qekra yang di Perak tu, so kami 3 beradik jer lah buka bersama.

-- seronok masing-masing dapat berjumpa sepupu-sepupu --

-- Alhamdulilah, meriah juadah berbuka kami haritu --

-- popia sambal --

ni Adik Qekr ayang belikan.
Memang sedap popia sambal ni.
Dah lah besar, lepas tu sambal dia sedap pedas-pedas manis.


7 yang komen:

mummy_ayu said...

meriah tu. paling seronok bila dpt buka puasa ramai2 ngan family..miss tu jugak..
salam ramadhan dear!!

Normi Nieza said...

simple tapi menyelerakan..:)

mama tisya said...

rendang paru nana mmg sodap....meriah bebruka rmi2..kita thn ni berbeza sbb parent masih kt mekah..biasa awl ramadhan bila weekend blk gombak kn bebruka rmi2 ..ni tgu depa blk mekah nanti la

farhanna jafri said...

wahhh meriah masa berbuka.

Siti Rohaida Yusof said...

rendang paru tak pernah try pun qekra...buatkan please...hahaha

Shahida Dzulkafli said...

seronok dapat berkumpul ramai-ramai macam nie..

adianiez AIDA said...

kebetulan thn ni aida tak berbuka mana2 pun.
totally kat rumah.
sebab ari tu aida exam.
pastu anak2 plak exam.
weekend anak2 skola & tuisyen. hmmmm...
rindu nak berbuka dgn adik beradik :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com