May 18, 2018

Puasa Pertama 2018...


Assalammualaikum...
Salam 2 Ramadan untuk semua.

Semalam korang masak ke beli hehe..
Qekra memang tekak awal-awal puasa ni nak masak hari-hari..
no param param.
Dapat jugak masak untuk juadah berbuka semalam.
Biasa hari kerja ni kita buat yang simple dan kenyang kan.
Masak Goreng Bayam merah dan Sotong goreng kunyit jer semalam.

Dan seperti biasa Qekra lebih suka minum air suam dari air manis-manis..
tak taulah, semenjak dua ni dah kurang pada yang manis-manis.
Sesekali tu ada jugak nak merasa.
Faktor usia kot haha....

Ada jugak drama semalam dengan anak-anak..
Abang Adam maybe 1st day puasa, so semangat buka puasa tu berkobar sikit..
Buka puasa terua minum air blackcurrent.
Terus lepas buka tu muntah-muntah 2 kali.
Yelah, maybe perut kosong dan tak tahan.
So, Qekra nasihat kan dia minum air putih dulu, makan nasik lepas tu baru minum air manis.

Kesian tengok dah muntah 2 kali, terus lah bawak pergi klinik.
takut pulak melarat sebab harini ada paper lagi untuk exam pertengahan tahun.

Yang lagi sorang si kecik Zhafran pulak buka puasa macam dia yang puasa.
semua nak di makan.
Tulah, ragam berpuasa dengan anak-anak hehe.


4 yang komen:

Ana Suhana said...

Ramadan Kareem Qekra. Ana masak nasi ayam je semalam. Tengahri lagi dah masak untuk si kecik makan. Senang keje. Hehe

Ann Ishak said...

seronok melayan kerenah anak2 bila puasa ni kan :D

Shahida Dzulkafli said...

Alahai sian abang adam..

adianiez AIDA said...

perut abg adam terkejut :)
aduhai sian...

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com