June 25, 2018

AidilFiitri 1439 H...

Assalammualaikum.
Harini dah 11 Syawal kan.
Dan rasanya harini dah ramai yang start kerja semula dan hari budak-budak start sekolah.

Ok, untuk raya tahun ni Raya pertama Qekra balik di kampung Qekra di Nilai Negeri Sembilan.
Dan raya ke-2 baru balik ke Kuala Pilah rumah mertua.

Dan seperti biasa kalini kalau turn kami beraya di kampung, memang kami 1 family jer lah.
Adik-adik yang lain turn beraya rumah mertua masing-masing.
Bila tanya kenapa korang pakat-pakat yer tak raya sini.
Dia orang kata Qekra terer masak, so boleh masak semuanya.
Kalau diaorang tak pandai masak, so boleh ramai-ramai tolong Nekma masak hehe.
Begitu pulak alasannya.

-- family kecik Qekra di pagi raya. Secara rasminya tema adalah hijau hehe --

Ni kaler pilihan Abang Adam masa beli baju melayu kat Jalan TAR.
Dari runah dia dah kata nak kaler hijau.
Bergaduh jugak dengan Zhafran sebab Zhafran suka yellow hehe.

Mama dan papa follow jer lah, takde warna feveret masing-masing pun.
Padahal mama dah tempah baju kaler biru.
Takpelah, terpaksa beli baju siap kaler hijau.

-- bersama dengan Nekma. Nekma pun follow kami pakai tudung hijau --


-- anak-anak mama di pagi raya --

-- ni semua adik-beradik Qekra --

walaupun semua beraya di rumah mertua, tapi tetap share gambar masing-masing di pagi Raya.

Umi adik Qekra no-2 tu beraya di rumah sendiri dekat jer dengan rumah mertuanya.
Adik Qekra ni baru kematian suami tahun lepas.
So, sedih sikit tahun ni tengok anak-anak sedara beraya pertama kali tanpa abi mereka.
Selepas ziarah kubur arwah ayah, terus ke rumah Umi teman dia anak-beranak ke kubur.
Selepas tu beraya di rumah mertuanya.

Adik Qekra no - 3 lelaki yang baju biru muda tu beraya di kelantan rumah mertua.
Adik Qekra yang no.4 Acu beraya di Bota, Perak rumah mertua.

Ok, lepas ni sambung kisah raya lagi yer.
Nak tengok baju raya masing-masing pulak.
Korang tema apa ?


7 yang komen:

Normi Nieza said...

selamat hari raya qekra..syoknya beraya..:)

Warisan Petani said...

Seronoknya raya

mama tisya said...

selamat hari raya aidilfitri..kampung dkt2 senang la

Azhafizah Md Nor said...

Selamat Hari Raya Kak :)

Shahida Dzulkafli said...

Selamat hari raya aidilfitri awak.. Cantik warna tema awak sekeluarga..

mamapp said...

selamat hariraya ye

adianiez AIDA said...

hijau...

semoga adik qekra kuat membesarkan anak2 sendirian.

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com