June 11, 2018

Berbuka Puasa Di Warung Che Senah, Kampung Baru...

Assalammualaikum.
Salam 26 Ramadan.
Sedar tak sedar Ramadan dah semakin gampir ke penghujungnya.
Semoga kita bakal bertemu di ramadan yang akan datang.

Oh ya, ni cerita pertama berbuka puasa di luar bulan puasa ni.
Kebetulan masa ni esok tu Cuti Wesak.
So, en Ajip ajak jalan-jalan ke Jalan TAR carik baju melayu.
Dah alang-alang ke sana, terus carik port berbuka puasa.

Memang kebetulan orang cuti direct sebab Wesak tak taulah.
Memang petang tu lepas ofis ke KL jalan smooth jer.
Takde jam pun.
Kami pun sempat carik port berbuka puasa.
Terus ke ke Kampung Baru.
Ini kali ke-2 kami datang makan di warung Che Senah ni.

Apa yang best pertamanya suka makanan westernnya.
Dan ke-2 kebetulan en Ajip nak makan sup gearbox.
Sup sup gearboxnya sedap + mewah dengan daging.
Tapi dukacita sebab masa datang ni warung sup gearbox ni tutup.

Memangs sampai dekat-dekat nak Azan Maghrib.
Jadinya berbuka puasa dengan air dan kurma dulu. Lepas tu baru makan.

-- Untuk Qekra air kosong dan kopi tarik ais. Serius cakap kopi tarik ais memang sedap lah kat sini --

-- ni signboard Warung Che Senah tu --

-- Qekra dan Abang Adam order chicken chop gril special. Yang specialnya sebab ada telor dadar tu. Abang Adam kata sedap mama. Kenyang dia makan --

-- Ni en Ajip punya Lamb Grill --


2 yang komen:

mama tisya said...

chicken chop ada telur dadar..mmg special tu

Normi Nieza said...

bestnya menu dia..:)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com