June 22, 2018

Kisah Sebelum Raya 2018...

Assalammualaikum semua.
Alhamdulilah, harini dah masuk 8 Syawal kan.
Qekra baru start kerja semalam.
Semalam tu mood pun lemau lagi sebab dah lama sangat cuti hehe.

Harini nak cerita tentang sebelum raya dulu lah.
-- Adik Zhafran posing dengan tudung untuk ibu --

Serius, memang Qekra lupa sangat nak beli hadiah raya untuk ibu atau pengasuh Zhafran.
Nasib teringat hari last kerja tu, sebelum cuti.
Sempatlah Qekra carik tudung bawal untuk ibu Zhafran.
Harap-harap ibu Zhafran suka dengan pemberian Zhafran untuk ibu tu yer ;)

Oh ya, sebelum balik ke kampung hari Rabu tu ada jugak insiden.
Dah masuk-masuk barang dalam kereta, sekali kereta tak boleh nak start huhu.
Bateri kong pulak.
Memang suka kan carik timing macam tu.
Nasib en Ajip ada, terus bawka bateri pergi beli bateri baru.
Huiii, lama jugak lah kami tunggu dalam kereta.
Takpelah, dugaan bulan Ramadan kan.

-- Pesta Mantai di Pekan Beranang --

Malam Rabu tu lepas Isyak macam tu kami pergi Pesta Mantai di Pekan Beranang.
Kalau orang Negeri Sembilan tahu mantai tu apa.
Mantai dalam dialek masyarakat Negeri Sembilan yang asalnya perkataan membantai. Ia tentang hari atau malam menyediakan daging sembelihan iaitu sehari sebelum ketibaan bulan Ramadan ataupun Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Meriah kalau pergi mantai ni.
Banyak betul orang jual daging untuk dibuat rendang.
Pilih jer yang mana berkenan, tak payah nak berebut-rebut dah.

Esoknya tu hari Khamis sehari sebelum raya adalah hari untuk memasak rendang.
Biasa Nekma akan masak rendang ayam dan juga rendang daging.
Qekra masak kuah kacang dan nasik impit segera tu jer.
Lemang beli 2 batang sebab Abang Adam suka makan lemang.
Tak lupa juga buat menu special sempena hari mantai iaitu sup tulang.

-- ni rendang Ayam Negeri Sembilan. mesti nampak hitam dan pedas baru kick --

-- Rendang daging. Qekra suka campur daging, hati dan paru buat rendang --

-- sup tulang dan kuah sambal kicap --

Malam tu lepas Isyak, kat kampung Qekra masih amalkan tradisi takbir rumah ke rumah.
So, malam tu kami just hidangkan juadah yang dah dimasak petang tu macam nasi impit, kuah akcang dan rendang.
Juag tak lupa luih-muih raya.

-- rombongan takbr rumah ke rumah --

Ok lepas ni baru cerita raya pulak yer.


3 yang komen:

lullabyssz said...

Happy eid mubarak! Done follow :)

https://messarah.blogspot.com/2018/06/raya-2018.html

Azhafizah Md Nor said...

cantiklah tudung bawal tu kak.
jarang g mantai sebab harga cam sama je kat pasar.huhu..
masakan orang nismilan sedap!

Shahida Dzulkafli said...

Meriah dan seronok bila ada aktiviti takbir dari rumah ke rumah tu..

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com