June 1, 2018

Menu Berbuka Puasa...

 Assalammualaikum.
Salam Jumaat yang barakah.
Salam 16 Ramadan.

Nak buat entry menu hari-hari dah tak terkejar haha.
So kita letak jer lah mana ada gambar dalam telefon ni yer.

-- ni menu berbuka semalam --

Minggu ni Nekma ada sini tinggal dengan Qekra.
So, masak tu lebih lah sikit dari biasa.
Semalam Qekra masak gulai udang campur kacang buncis, panggang ayam dalam pemanggang ajaib dan ulam bendi celur dan tempoyak colek.
Hui, tak payah lauk macam-macam.
Lauk gitu pun dah laju makan rasanya.


-- ni menu berbuka puasa minggu lepas. Berbuka di kampung dengan Wan Pilah --

Abang Adam request nak makan gulai telor itik.
Selera Abang Adam very the kampung sangat tau hehe.
gulai siput sedut, apam pisang, cekodok pisang, ikan keli tu semua feveret dia.
Lepas tu rebus kerang
Dan goreng taugeh kasar campur tauhu.
Ada lagi ikan keli bakar takde dalam gambar.

-- ni tak ingat berbuka hari bila tapi Abang Adam nak makan KFC --

Ha, kalau nak makan KFC tak payah mama masak.
Qekra tapaw kari kambing untuk en Ajip.
Budak-budak makan kfc jer.
Lepas tu en Ajip beli roti john, kuih donat, karipap pusing.
Qekra cuma tambah telor dadar jer.

Ni lah KFC Nancho yang Abang Adam terpengaruh dengan iklan tu hehe.


4 yang komen:

Shafyqah Azry said...

sedap udang tu

Normi Nieza said...

alahai..best tu menu2 qekra..:)

Shahida Dzulkafli said...

Menarik sungguh menu-menu Qekra..

adianiez AIDA said...

anak2 aida request jugak nak kfc.
tapi lom lagi aida penuhi request mereka.
dok berasap lagi dapur.
karang ada kfc, tak abis plak lauk :) hi hi hi

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com