August 10, 2018

Bila Tetamu Perak Datang


Assalammualaikum.
Salam Jumaat yang barakah buat semua sahabat.

Oh ya, last week ada tetamu dari Perak datang ke rumah.
Adik Qekra yang stay kat sana dan Nekma.
Minggu ni giliran Nekma nak stay dengan Qekra.

Dia orang sampai Jumaat malam, tapi dah bagitau awal kata tak makan malam di rumah.
So, malam tu kami beli lauk pasar malam jer makan anak-beranak hehe.
Pagi Sabtu tu sambil hantar Abang Adam tuisyen, sempat Qekra pergi carik sarapan pagi.

-- Sarapan pagi Nasi Lemak Paru --

Lama tak makan nasi lemak paru ni.
Kalau hari kerja biasa sarapan pagi makan simple macam roti bakar jer, tapi sebab ada tetamu ku bantai makan nasik lemak haha.

-- Jagung rebus. Manis jagung ni Acu bawak dari Bota --

Tengah hari tu lunch di rumah.

-- lauk pilihan Masak Lemak Pakchoy Putih, Ikan keli bakar dan air asam, Sambal bilis tempoyak petai dan ualm-ulaman --

Serius, kenyang betul makan tengah hari tu...
sebab ada lauk ni...

-- Sambal ikan bilis petai campur tempoyak --

Memang kalau takde lauk lain pun takpe, lauk ni dah cukup.
Malam tu memang dah plan bawak Nekma dan Acu diner di luar.


2 yang komen:

lullabyssz said...

Drop here! :)

https://messarah.blogspot.com/2018/08/cekodoktrip-hiking-bukit-keluang-pantai.html

Azhafizah Md Nor said...

lauk sambal petai tu paling sedap kan kak..favourite akak lah tu kan

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com