August 12, 2018

Layan Tempoyak Colek

Hai, happy weekend semua.
Selamat berhujung minggu bersama family tersayang yer.
Ni posting auto publish sebenarnya hehe.
Rajin sangat semalam Jumaat tu mood nak menulis tu datang menderu-deru.
Qekra sejak 2 menjak ni memang suka buat posting pasal makanan.
Sebab dah itu jer kerja nya kalau di dapur masak hehe.
harap jangan bosan pulak yer.

Tempoyak colek siapa suka makan?
Tempoyak yang digaul bersama dengan cili tumbuk.
Tak tau lah kat tempat lain panggil apa, tapi kat tempat Qekra panggil tempoyak colek.

Biasa kalau ada tempoyak colek ni, mesti kawan dia ulam-ulaman.
baru ngam kan.
Lepas tu tak payah masak lauk pedas lain pun takpe, sebab tempoyak tu dah pedas.
Boleh adjust nak pedas sikit ke banyak.
Siapa suka pedas campur cili lebih sikit.
Sebab tu Qekra tak gaul sekali, asingkan tempoyak dan cili.
Ikut lah tahap kepedasan masing-masing yer.

-- Ni masak ayam kicap, kangkung goreng cili api, tempoyak colek dan ulam salad dan pegaga --
-- masa ni masak sambal sardin, kacang buncis goreng, telor dadar, tempoyak colek dan ulam timun --


4 yang komen:

Ann Ishak said...

saya panggil sambal tempoyak

mama tisya said...

tempoyak colek..tk mkn tempoyak

Delimasari said...

sedapnyer ada ikan goreng panas222 colek bersama tempoyak --- tu dia - bertambah222 nasi

Azhafizah Md Nor said...

uwan & mak mertua fiza suka makan tempoyak colek ni..berselera makan.

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com