October 12, 2018

Ada Yang Rindu Qekra Tak?

Assalammualaikum semua.
Rindunya kat blog pink Qekra ni.
Ada yang rindukan Qekra tak heheheh.

Bila tengok blog dah hampir sebulan lebih tak update.
Malam ni ada kelapangan sikit baru nak jenguk balik blog.
Mungkin ramai yang dah tau dari FB atau Instagram Qekra.
Qekra dah back to student sekarang ni.
Dapat peluang cuti belajar tu sesuatu yang tidak boleh ditolak.
Alhamdulilah, lama dah berimpian nak sambung belajar balik.
Baru sekarang merasainya hehe,

Tapi belajar kita dulu dengan sekarang banyak cabarannya.
Lagi-lagi bersaing satu kelas dengan adik-adik yang masih muda sangat.
Dan bila kita juga ada komitmen pada family dan anak-anak.

Insya Allah, Qekra cuba lah sebaik-baiknya plan jadual Qekra.
Sebab tu lama tak jengah blog Qekra ni.
Memula dulu macam susah juga nak atur jadual.
Tapi lama-lama Alhamdulilah, boleh manage sikit-sikit.

Dan hari-hari terakhir di ofis lama Qekra adalah kenangan sedih jugak.
Walau pun nanti lepas 4 tahun akan balik semula bertugas, tapi maybe suasana masa tu dah lain.
Apa-apa pun kawan-kawan 1 seksyen tema aplikasi memang Qekra  takkan lupa.
Kenangan sampai bila-bila.

-- bersama team Aplikasi yang susah senang bersama --

-- hari terakhir di ofis. Sempat diraikan bersama Kak Kam yang akan bersara --

-- Now, Qekra dah jadi student UPM. Masa hari angkat ikrar pelajar UPM awal bulan 9 yang lalu --

Inilah sedikit coretan Qekra kongsikan.
Banyak lagi nak share. Insya Allah, semoga Qekra diberi kelapangan dapat update blog macam selalu hehe.

Ok, kita jumpa lagi yer.
TQ sudi baca ;)


0 yang komen:

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com