November 1, 2018

Entry Campur-campur Di Bulan November.

Assalammualaikum.
Welcome November.
Ada yang istimewa di bulan November 2018 ni ;)

Bagi Qekra biasa-biasa jer lah.
Sejak dah belajar ni cuti hujung minggu bersama family dan anak-anak dimanfaatkan sepenuhnya.
Kalau hari biasa sibuk dengan aktiviti belajar, malam pula Qekra ambil masa untuk siapakan tugasan.
Tu pun selepas pukul 9.00 malam lepas keperluan anak-anak dah settle.

-- masa ni bonding time dengan anak-anak. Belanja makan di KFC --

-- hari biasa aktiviti memasak untuk anak-anak. Biasa masak makan kegemaran mereka. Ayam kicap tu salah satu feveret mereka --

-- Gulai daging salai campur pucuk ubi --

2 minggu lepas mak mertua datang.
Sebab esok ada majlis konvo anak sedara di PICC. 
Oh mak mertua masakkan gulai daging salai campur pucuk ubi.
Complete dari daging sampai cili api kunyit hidup mak bawak dari kampung hehe.
Masa tu Qekra makan nasik tambah 2 kali okay.
Punyalah sedap masakan kampung macam tu.


Yang ni pula aktiviti bersama adik-adik Bakti Siswa UPM.
Ada jualan amal untuk projek mini kami.
Nice dapat bersama adik-adik.
Terus terasa diri muda jugak hehe.

Ok, itulah sikit-sikit cerita Qekra.
Lama tak dapat update blog.
Minggu ni Qekra cuti mid-semester.
Dan dapatlah bawa anak-anak pergi bercuti.
Sebab nanti time cuti sekolah mama dah busy dengan final exam pulak.

Ok, nanti sambung lagi.
TQ sudi baca ;)


3 yang komen:

Normi Nieza said...

bw 1 nov..:)

mama tisya said...

lapar la tgk ayam masak kicap & daging salai tu

lullabyssz said...

jemput singgah :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/life-update-mese-occupato-busy-month.html

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com