April 9, 2019

Siapa Suka Cekodok?

Assalammualaikum.
Wah wah wah sekejap dah hari Selasa masuk minggu baru.
malam ni sebelum Qekra start buat homework nak buat posting dulu lah.

Siapa suka makan cekodok?
kalau suka ni geng dengan anak-anak Qekra.
diaorang ni cekodok menu wajib setiap kali weekend.
tak kisah lah cekodok apa, janji cekodok.

-- ni cekodok bilis dan carrot --

cekodok bilis dan carrot ni memang selalu buat.
Janji ada stok tepung kat rumah haha.
Biasa diaorang akan cicah dengan sos.
Si Abang Adam suka sos cili, si Zhafran suka sos tomato.
Maknanya dua-dua jenis sos ada kat rumah.

-- ni cekodok pisang --

Biasa cekodok pisang ni kalau stok pisang ada kat rumah mesti diaorang request.
Pantang nampak pisang nak buat cekodok pisang.
Takpe lah, mama layan kan ajer.
Janji korang nak makan.


2 yang komen:

Cik Nor said...

alahai..sedap tu qekra..bukan kata budak 2 org tu jer yg suka. Cik Nor pun suka..hihi

Siti Awadah said...

sis datang jenguk... kalau diri sndiri suka cekodok pisang.

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com