Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

July 22, 2014

Jom Jenguk Dapur Alycia Sepanjang Ramadan...

Assalammualaikum dan salam Ramadan yang ke-24...
Alhamdulilah, minggu ni kandungan Alycia dah masuk 16 minggu dah...
dan Alhamdulilah jugak start minggu lepas condition mama dah semakin okay, dah kurang aktiviti muntah dan pening-pening kepala tu...
syukur sangat-sangat...
tu yang dapur kecikku kembali berasap...
mood nak masak tu tetiba pulak datang hehe...

oklah, Alycia hari-hari tengok korang post menu berbuka...
takpe, walaupun tak havoc meriah macam korang, i tetap nak post jugakk hehe...
tu pun ambik kira yang 2 minggu terakhir Ramadan ni...
jadilah kan hehe...


Ni menu Bihun Singapore...
memang lama dah tak buat sejak tau diri mengandung...
si Adam Zikry siap tambah 3 kali punyalah lama tak makan bihun singapore ni...


time ni en Ajip ada majlis buka puasa di opis...
so, berbuka berdua jer dengan Adam...
tertarik pulak dengan Bihun Goreng Cili Api dari Blog Kak Azlita Masam Manis...
takdelah ambik resepi full, just tiru sikit-sikit jer...
pastu masak bubur jagung sebab teringin nak makan bubur jagung...
goreng pulak kepak ayam segera... jadilah...


May 15, 2014

Nak Masak Apa Harini...

Alahai, lama pulak tak tayang lauk-lauk dari dapur kecik MyAlycia ni...
masak yang simple-simple ajer katanya...
nak masak yang hebat-hebat kak Alycia tak pandai...
sebab tu jarang kongsi resepi sebab tau yang lain-lain lagi hebat masakannya hehe...

jom jengah ke dapur kecik Myalycia...
kot-kot ada yang takde idea nak masak apa kan...
menu-menu sepanjang minggu lepas rasanya...

-- Gulai lemak putih pucuk + suhun, sambla sotong dan ikan goreng --

Pucuk ke fucuk ekkk... entah, dah biasa sebut pucuk...
memang teringin sangat nak makan lemak putih pucuk ni...
kena pulak dengan sambal sotong dan ikan goreng...
adoiiii, makan nasik panas-panas laju ni...

-- pucuk paku goreng kicap dan ayam goreng --


May 10, 2014

Adam Nak Makan Kueytiow Sup...

Masa ambik Adam balik dari taska minggu lepas, masuk dalam kereta ajer Adam dah bisik-bisik kat telinga mama...
"mama, Adam dah lama tak makan sup ayam yang letak kicap pedas tu..."
alololo anak aku dah start mengrequest...
dalam kepala otak fikir dalam petiais ada ayam...
pastu tanya balik pada Adam...
"nak makan dengan nasik, mee atau kueytiow.."
terus Adam jawab "kueytiow sup mama.."

ok fine, jom teman mama ke pasar beli carrot dan saderi...
nasiblah di sini pasar bukak sampai petang, senang orang balik kerja nak ke pasar...

sap sap soi jer pun masak sup ayam...
pastu ketang-ketung tumbuk cili untuk kuah kicap...
siappppp menu makan malam...

-- kueytiow sup siap... dekat pasar ni ada 1 kedai yang jual kueytiow kecik-kecik macam tu --

-- ni kueytiow sup Adam... nak jugak letak kicap pedas tu --

-- sedapp mama... haha, anak oh anak.. belum makan dah sibuk cakap sedap..."

yelah nak, apa-apa yang Adam request mama cuba masak...
Anak kenyang, mama gembira haha...
"idea di hujung minggu kalau tak tau nak masak apa untuk anak-anak ..."

May 1, 2014

Sambal Sardin Cili Api...

Assalammualaikum...
Salam 1 Rejab...
Semoga sahabat-sahabat Alycia sihat-sihat hendaknya...
oh tidak lupa juga yer Selamat Hari Pekerja...
Kita semua adalah pekerja...
surirumah yang tak bekerja tu pun adalah pekerja kepada rumah-tangganya ye dok hehe...

ok, entry santai-santai jer harini...
nak share resepi Sambal Sardin Cili Api...
ni memang lauk feveret family Alycia...
lagi-lagi en Ajip...
tiap-tiap minggu mesti ada menu ni huhu...


Bahan - bahan:

1 tin sardin kecil (asingkan kuah dan sardinnya)
10 tangkai cili api (nak pedas tambah lagi) *
3 ulas bawang putih * 
3 ulas bawang kecil * (semua bahan * ditumbuk sekali)
1 biji bawang besar (hiris)
1 biji kentang (hiris nipis)
1 /2 kuib ikan bilis
1 sudu teh pati asam jawa Adabi
2 sudu makan kicap manis
sedikit minyak untuk menumis

Cara - cara:

Panaskan minyak goreng dahulu sardin (api sederhana kecil dan tutup takmo kasi merecik)
Bila sardin dah garing, angkat dan toskan.
Goreng pula kentang yang telah dihiris nipis. Kemudian dah nampak kuning boleh angkat.
Dalam minyak yang sama, tumis bahan tumbuk * sehingga garing dan naik bau.
Masukkan pula kuah sardin yang diasing tadi
Kemudian masukkan sardin yang telah digoreng, kentang yang telah digoreng dan bawang besar.
Gaul rata dan masukkan air asam jawa dan kicap manis dan kiun ikan bilis
Serasikan garam. Siap dihidang.

Makan dengan nasik panas memang layan ni ;)

-- aritu masak sardin dan juga sotong goreng kunyit untuk Adam --


April 30, 2014

Makaroni Daging Berkrim...


ok, ni menu yang masak minggu lepas...
sebenarnya terliur tengok resepi Spageti Daging berkirim di Blog Ida Rahayu...
tapi disebabkan kat rumah takde spageti, ada makaroni jer...
so kena tukar nama kepada Makaroni Daging Berkrim hehe...
Resepi asal di SINI dari Blog Ida Rahayu ;)

Alycia kopipes ajer yer dan tukar kepada makaroni...

Bahan - bahan:

2 cawan makaroni (rebus dan toskan)
1 keping burger (Alycia guna daging burger Ayamas)
*grill atau panggang ikut suka dan potong kecil - kecil
3 ulas bawang putih * diketuk
1/2 ulas bawang besar *dimayang
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 kuib pati ayam
1 sudu teh mixed herb kering (tak letak pun sebab takde hehe)
1 cawan susu segar
sedikit minyak untuk menumis
sayur-sayuran (Alycia letak carrot dan tomato ceri)

Cara - cara:

Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan - bahan tadi kecuali daging dan susu serta makaroni
Setelah naik bau, masukkan susu dan daging juga sayur-sayuran
Biarkan reneh seketika, kemudian masukkan spaghetti
Serasikan garam dan gula
Siap dihidang

hmmm, memang sedap sangat...
Adam suka, siap tambah-tambah makan...
tengkiu pada Blogger Ida Rahayu yang sudi kongsikan resepi ni...

korang cubalah yer ;)


April 27, 2014

Pertanyaan Tentang Angel Hair...

Masa Alycia buat entry menu goreng-goreng tu, ada yang tanya tentang Angel Hair...

ok, jom Alycia share serba-sedikit tentang Angel hair yang Alycia tau...

Apa itu Angel hair?
Angel hair ni salah satu jenis pasta sebenarnya. rupa lebih kurang sama macam spageti, tapi halus-halus. Mungkin sebab tu dipanggil angel hair. kalau korang pergi ke pasaraya, boleh carik di tempat-tempat pasta tu. pasti akan jumpa Angel Hair..

Cara masak lebih kurang sama macam spageti, cuma mungkin tak lama sangat sebab halus.

-- ni jenama yang selalu Alycia beli San Remo --

Resepi Angel Hair Seafood Pedas


ni yang Alycia masak... Angel hair seafood pedas...
takdelah seafood sangat pun. just ada udang dan sotong jer hehe...

Bahan-Bahannya:

secekak Angel Hair (makan untuk 2 - 3 orang - rebus dulu  dan titiskan minyak dan toskan)
sotong dan undang buat rencah
sayur-sayur seperti brokoli dan lobak merah
1 biji bawang potong dadu
3 ulas bawang putih (cincang atau ketuk)
1 sudu cili kering kisar cawan air
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1/2 kiub ikan bilis/ayam (sebagai perasa)
sedikit minyak (terpulang nak pakai minyak apa)

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih
2. Dah garing masukkan cili kering. Biar sampai cili garing
3. Masukkan udang dan sotong, kemudian sos tiram, sos cili dan kiub ikan bilis/ayam. Biar udang dan sotong masak sedikit. Masukkan sayur-sayuran
4. Dah rasa semua ok, boleh masukkan angel hair an gaul rata
5. Sedia untuk dihidangkan
"Cara memasak terpulang pada masing-masing. Sesuai juga untuk menu sarapan pagi seisi keluarga di hari minggu ni..."

April 26, 2014

Kuih Cucur ...


korang minat tak dengan kuih tradisional ni...
Alycia panggil kuih cucur...
ada yang panggil kuih cucur tepung beras...
ada yang panggil kuih cucur jawa...

dulu masa kecik-kecik nenek Alycia suka sangat buat kuih ni kalau kami balik kampung...
tapi sekarang nenek Alycia dah tak sihat...
nak tanye resepi pun dia dah tak ingat...
so, kenalah Alycia menggoogle haha...

Tadi carik resepi jumpa resepi yang mudah...
nanti balik Alycia nak torai...

Sumber dari SINI

Bahan-Bahannya:

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
1 cawan air

Cara membuatnya:

1. Campurkan kesemua bahan, blend sehingga rata.
2. Peram sekurang-kurangnya enam jam.
3. Panaskan minyak dalam kuali yang kecil.
4. Ambil sesenduk bater, goreng dengan api kecil hingga keperangan.
5. Terbalikkan kuih dan goreng sebelah permukaan pula.
"mana tau korang ada idea nak buat time weekend nanti kan.. nanti Alycia try Alycia share ;) .."

April 24, 2014

Sotong dan Peria Goreng Tepung...


Tepung Goreng Serbaguna jenama Thaqif...

ingat lagi tak entry yang Alycia dapat Tepung Goreng Serbaguna free dari seorang usahawan masa meeting di ofis??

so, Alycia kata balik nanti boleh try goreng dan rasa ...
Alhamdulilah, Alycia dah try ...
masa tu buat sotong goreng tepung dan peria goreng...
memang sedap, dah tak payah nak letak garam bagai...
semua dah siap dalam tepung tu...
tinggal goreng ajer....

-- ni peria dan sotong yang dah siap dilumur dengan Tepung Goreng Serbaguna --

menurut saudara usahawan tu, tips nak bagi sedap lepas lumur tepung 
biarkan dalam 2 minit baru goreng... 
sebab nak bagi tepung tu meresap ke dalam...
tapi kalau buat cendawan goreng, lepas basuh, toskan, lumur tepung terus digoreng...

bole goreng dengan minyak yang panas atau sederhana...


April 23, 2014

Goreng-goreng Pon Boleh...

 sebenarnya dah tak reti nak letak tajuk apa untuk entry ni...
nak letak gambar menu goreng-goreng yang Alycia buat minggu lepas...
tu yang tercetus idea goreng-goreng tu....

oh ya, kadang-kadang time petang-petang nak makan nasik hari-hari pun boring...
so, tukar selera dengan masak menu goreng-goreng ajer...
selalu Adam akan request mee goreng sebab dia suka makan mee...
tapi Alycia tak galakkan sangat makan mee sebab mee ni ada bahan kimia 
yang tak bagus untuk kesihatan kan...

-- ni menu mee goreng... makan dengan telor mata pun sodapp --

selain daripada mee, Alycia tukar maggi goreng...
tapi beli yang maggi kosong lepas tu guna perencah sendiri...

-- carrot kena tetap ada, kalau tak kang Adam sentap hehe --


April 21, 2014

Bila Mama dan Papa Masak...

haha, sejak kebelakangan ni Alycia dah dicop sebagai blogger memasak pulak hehe...
ada yang kata masuk blog kak Alycia ni mesti nampak makanan...
akak bukan pandai masak dik, tapi akak rajin masak sikit jer hehe...
itupun masak ikut dan, tak ikut resepi pun...
tu yang tak berani share resepi kat sini...

ok, minggu lepas en Ajip masak Kambing Panggang Marinate...
sebenarnya kambing tu memang dah beli yang ready made marinate...
Alycia tak pernah lagi buat marinate sendiri...
beli 2 keping lamb marinate dekat Cold Storage...
dah 2 kali beli, sedap jugak marinate lamb di Cold Storage tu...
cuma en Ajip tambah serbuk black pepper sikit kasi pedas dan ada umphhh...

-- 2 keping marinate lamb yang dah siap panggang --

Menu kambing en Ajip dah siap, Alycia cuma masak maggi goreng ajer...
itu pun sebab Adam yang request...
hai, kami ni sekarang ikut jer selera anak...
janji anak nak makan kan...

-- marinate lamb grill dan maggi goreng sedia untuk di makan --

korang menu apa petang ni pulak??
Alycia ingat harini nak masak sotong goreng kunyit dan sambal sardin hmmm...


April 19, 2014

Pajeri Terung Campur Carrot...


Happy Saturday friends...
kalau orang keje gomen harini cuti...
tapi time cuti pun keje jugak kan kat rumah...
lagi macam-macam keje nak buat hehe...

ok, sambil-sambil tak tau nak masak apa harini,
ha ni Alycia share Pajeri Terung yang Alycia masak hari Khamis lepas...
ni pun lauk request by Adam Zikry...
amboi anak bujang Alycia sekarang, main request jer ...
tetiba pulak suruh masak lauk terung sebab dia suka Nekma dia masak time kat kampung...
selera kampung taw si Adam ni...

tapi dengan syarat letak carrot !!
Adoi, Adam Adam...

-- pajeri terung carrot untuk Adam --

-- goreng ikan panas-panas, makan dengan nasik putih... layannn jugak --

Post gambar tu kat Nekma Adam, Nekma cakap resepi baru...
tak pernah dibuat kat orang masak pajeri campur carrot hehe..
"ingat nak bukak ladang carrot dah pencen nanti ;) ..."

April 18, 2014

Cekodok Pisang Di Pagi Hari...

ni request dari Adam sebenarnya...
ambik dia dari taska dalam kereta boleh pulak cakap 
"mama, dah lama Adam tak makan cekodok pisang..."

alahai anak, mama ni tak boleh dengar anak request nak makan itu ini...
seboleh-bolehnya di tunaikan...
kalau anak happy dengan apa yg kita masakkan, itu kepuasan kan ...

belikan pisang 2 hari lepas, tapi malam tadi tengok asyik dia makan jer pisang tu...
bilanya ni nak buat cekodok hehe...
malam tadi jugak Alycia terus blender pisang tu nak buat cekodok...
esok bangun pagi terus goreng...


nak sedapkan cekodok pisang kena blender sekali pisang dengan gula...
lepas tu bancuh dengan tepung...
dan biarkan 4 jam atau lebih...
baru di goreng...

-- bancuhan cekodok pisang dah siap malam tadi --

pagi tadi terus gorengkan...


bekalkan untuk Adam bawak pergi taska, en Ajip bungkus sikit makan dalam kereta...
Alycia tapaw bawak pergi kerja...
"kalau korang tak tau nak buat sarapan apa esok pagi, bole torai cekodok pisang hehe..."

April 15, 2014

Sup Daging dan Sambal Kicap...

Assalammualaikum dan Selamat pagi semua...

harini saje nak tayang menu Sup Daging dengan Sambal Kicap ...
menu hari Sabtu lepas...
maklumlah Sabtu haritu duduk rumah tak ke mana sebab petang dah janji dengan Adam nak pergi school Adam sebab ada Hari Preastasi...
ha, yang tu nanti Alycia buat entry khas...

so, pagi tu tengok dalam petiais ada beli sikit daging batang pinang kat pasar,
Alycia cakap dengan en Ajip harini kita makan sup daging ajer lah...
so, masak-masak terus makan...
lagi pun beli daging batang pinang cepat sikit empuknya...


-- Sup Daging dan Sambal Kicap... yang sambal belacan tu untuk menu lain sebenarnya hehe --


April 14, 2014

Tepung Goreng Serbaguna...

Pagi tadi Alycia ada meeting dengan usahawan-usahawan Industri Asas Tani di ofis Alycia...
dan Alhamdulilah rezeki jugak sebab dalam pada meeting tu dapat Tepung Goreng Serbaguna dari salah seorang saudara usahawan...
bagi promote dan rasa...


Tepung Goreng Serbaguna jenama Thaqif...

Harga pun okeh...
packaging pun lawa...
Alycia tanya nak beli kat mana??
sebab tepung ni dikilangkan di Penang...
saudara tu cakap takpe, rasa dulu...
then nanti mana tau Alycia boleh jadi agen di Lembah Klang pulak hehe...

tadi tengah hari sempat pergi pasar beli sotong dan peria...
cadangnya nak buat sotong goreng tepung sebab Adam suka...
lepas tu nak buat peria goreng tepung ala-ala kedai mamak tu...
nanti Alycia masak dulu, pastu baru komen sedap ke tak yer ;)

April 12, 2014

Khasiat Makan Pucuk Pegaga...

Ni sambungan daripada Menu Ulam-ulaman semalam, Alycia ada terjumpa 1 artikel yang menyatakan kebaikan memakan ulam pegaga ...


Pegaga biasanya tumbuh melata di keliling rumah. Namun tumbuhan yang kecil ini besar khasiatnya. Ia kaya vitamin A dan C serta zat besi sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.

Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid.

Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.

Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Ini sebabnya ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.

Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal. Masalah keputihan biasanya dialami wanita yang mempunyai anak. Caranya, minum air rebusan pegaga yang dicampurkan secubit sedikit garam. Amalkan minum air rebusan ini dua kali sehari.

Orang tua-tua percaya, akar pegaga juga banyak khasiatnya. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis.

(Sumber : SINI)
"suka makan pegaga lagi-lagi kalau blend buat jus ..." 

April 11, 2014

Gulai Udang dan Ulam Sambal Belacan...

ni menu diner kami semalam...
sekarang ni petang-petang pun hujan...
nak makan kat luar pun macam malas dengan hujan kan...
so, balik rumah masak ajerlah...
lagipun barang-barang basah banyak dalam petiais...

memang dah cakap dengan Adam dalam kereta balik ni mama nak masak 
gulai udang tapi mama letak carot...
sebab Adam apa-apa lauk pun nak letak carot baru dia banyak makan...
sebab Adam penggemar carot no 1 kat Malaysia hehe...

-- ni ajer menu kami semalam... Gulai Udang campur kacang buncis dan carot dan jugak ulam-ulaman dengan sambal belacan --


April 10, 2014

Bila En. Papa Yang Masak...

Ni kejadian hari Selasa lepas...
belum balik kerja en Ajip dah wassup kata harini nak makan lauk sardin dengan telor dadar...
Alycia pun kata ok, balik nanti masak...

Pastu en Ajip kata lagi harini dia masak...
Alycia pun kata ok (dalam ati yeyyyy, arini rehat hehe) ...

Balik kerja tengok en Ajip dah sampai rumah dulu siap ketang ketung kat dapur...
bagi chance en Ajip masak...
kita tunggu jer hasilnya nanti ...
;
;
;
;
-- siap dah sardin goreng dan telor dadar --

dua-dua pun campur carrot sebab feveret Adam...
presentation kena cantik ala-ala Masterchef en Ajip cakap...
baru selera nak makan hehe...


April 4, 2014

Sambal Ikan Bilis Cili Api...

Assalammualaikum sahabat...
Harap semuanya ceria-ceria di pagi Jumaat ni yer...
maklumlah kan harini hari last keje...
esok dah cuti yahooooo....

malam tadi Alycia masakkan Sambal Ikan Bilis Cili Api untuk member Alycia yang sedang mengandung...
pernah sekali masa Alycia masak lauk ni lepas tu upload kat Istagram, terus teringin nak makan huhu...
kesian pulak kan, so malam tadi takde buat apa-apa sempatlah masakkan lauk ni 
untuk member Alycia ni ~ Puan Tinihani hehe...

-- Sambal Ikan Bilis Cili Api --

senang sangat nak masak lauk ni...
goreng garing ikan bilis (kalau korang suka ikan bilis liat-liat tu goreng sekejap jer)...
pastu tumbuk cili api, bawang kecil dan bawang putih...
hiris bawang besar sikit...

lepas tu cara masakknya lepas goreng ikan bilis, guna minyak goreng ikan bilis tu terus tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi...
goreng sampai cili garing, lepas tu masukkan bawang besar...
nampak bawang besar dah layu, tutupkan api...
dan masukkan ikan bilis yang digoreng tadi...

March 22, 2014

Nak Masak Apa Harini Yer...

Assalammualaikum dan selamat bercuti buat kawan-kawan...
eh harini dah start cuti sekolah kan...
mesti sibuk ibu-ibu bila anak-anak dah ada kat rumah...

eh terfikir tak harini nak masak apa...
ni Alycia saje nak share menu-menu yang dah masak dalam 2 minggu ni...
ehhh, saya bukan pandai masak ...
tapi bak kat Ustaz Azhar Idrus rajin masak ajer sikit-sikit...
kongsi-kongsi menu di pagi hari ;)

-- gulai lemak udang campur kacang botol --

-- lepas tu ditambah dengan celur pucuk ubi dan sambal belacan. pastu goreng telur dadar + carrot untuk Adam --

March 2, 2014

Menu Sihat dan Ringkas...

Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu...
hmmmm, kalau pagi-pagi ni mesti tengah pening kepala nak fikir menu apa kan untuk sarapan pagi...
ok, Alycia ada idea...

apa kata kita tukar selera dengan sediakan menu Wraps macam kat bawah ni...
;
;
;
;


sanga-sangat senang sangat nak sediakan...
lagipun, bahan-bahan adalah mudah dan tak payah nak carik susah-susah pun...
ikut kreativiti masing-masing...
yang paling penting adalah SIHAT...

Copyright © 2011-2013 Reserved to Alycia's
Copyright 2007 - 2013 © Alycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com