December 28, 2017

Kisah Hujung Minggu Qekra...

Assalammualaikum.
Korang, masih kerja ke dah bercuti hujung tahun hehe...
Qekra baru start kerja harini...
Cuti 5 hari sempena Krismas + ambik lagi 2 hari...

lagi 3 hari nak menginjak ke tahun 2018...
are you ready hehe...

Sebelum masuk 2017 marilah kita habiskan saki-baki cerita tahun ni...
banyak entry terperap sebenarnya...
susah betul nak ambik mood berblog sekarang ni...

Ok, start dengan aktiviti hari petang Jumaat minggu lepas...
sebenarnya Kelab Sukan & Kebajikan di ofis Qekra ada buat aktiviti 
KURSUS PENCIRIAN DURIAN DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LADANG KOMERSIL BAHAGIAN HORTIKULTUR, JABATAN PERTANIAN, SERDANG

Bila dengar durian jer terus semangat nak join hehe...
Sebenarnya kat Malaysia kita ada 205 variety durian...
tapi berapa jenis jer yang kita tahukan...

-- ni salah satu variety durian yang Qekra dapat rasa. Tapi tak ingat ni jenis apa hehe --

-- nampak bersemangat Abang Adam. 1st time ke ladang durian dan dapat pegang durian kat pokok hehe --

Ok, hari Sabtu pulak plan nak balik kampung...
Pagi tu Qekra sediakan sarapan cekodok durian untuk kids...

-- cekodok durian dalam bekas bento owl --

Comel tak bekas bento owl tu...
sebenarnya bekas bento tu adalah FREE GIFT untuk customer yang beli produk Seqybeuaty dari Qekra...
atau korang nak beli bekas bento tu sahaja pun boleh dengan harga RM 19.90...
Qekra dah rembat 1 nak bawak bekal ke ofis hehe...
kalau berminat nanti pm kat komen Qekra reply...

Lagi 1 nak story Alhandulilah, malam 26 Dis 2017 haritu dapat menghantar Nekma ke KLIA2 untuk mengerjakan umrah...
Nekma pergi bersama Paklang dan Maklang Qekra...
sayu pulak tengok Nekma nak pergi Umrah...
Qekra doakan Nekma diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dan mendapat umrah yang mabrur... Amin.

-- Nekma tudung hitam di tengah. Selamat mengerjakan umrah Nekma --

ok, itu cerita campur-campur Qekra harini hehe...
Nanti Qekra jenguk blog korang pulak yer ;)


3 yang komen:

Ann Ishak said...

best lahaiii kalau dapat join pencarian durian tu :D

mama tisya said...

sedap cekodok durian tu

E'in said...

tergugat betul tengok durian tu laa..

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com