January 3, 2018

Gulai Rebung dan Ikan Goreng...

Ahad lepas pergi Pasaraya HERO nak topup barang dapur...
sekali tengah Qekra carik-carik sayur, ternampak pulak rebung madu ni...
adoiii, teringat-ingat pergi kenduri kahwin kat Melaka dihidangnya lauk Gulai Rebung Campur Perut...
terus Qekra sambar sebungkus...
plan nak gulai dengan ikan nanti....

Semalam baru sempat masak gulai rebung ni...
simle jer Qekra masak gulai dengan ikan sardin...
lepas tu ada baki ikan sardin lagi goreng garing-garing...

-- lauk kami malam tadi simple jer. nasib tahan nafsu makan sepinggan jer hehe --

sebab malam tadi masak lebih gulai rebung, terus pagi tadi panaskan...
plan nak bawak bekal untuk makan tengah hari...

-- ni bekal lunch Qekra tadi --

amboi, comey tak bekal owl Qekra tu hehe...
Gulai rebung, telor dadar dan salad...
Jimat harini duit lunch ;)

Memanag azam tahun ni nak jimat...
bawak bekal jer ke ofis hehe...

4 yang komen:

Mimi Azirah said...

Sama lah azam nak bawak bekal gi opis...masak lemak rebung nampak sedap

Normi Nieza said...

owh..qekra bawak bekal jgk..sama la kita..:)

mama tisya said...

sedap tu gulai rebung campur perut tp kita tk mkn rebung..mkn kuah ngan perut je hehe

Shahida Dzulkafli said...

Sedapnya.. Sha tak makan rebung tapi suka kuahnya.. hehehe

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com