January 15, 2018

Hujung Minggu Melayan Masak Untuk Family...

Assalammualaikum...
Selamat pagi Isnin semua...
New week, new day, new target kan ...

Ok, Qekra nak cerita pasal weekend lah...
eh, sekarang ni dah 4 hari rasanya sejuk sangat kan...
terasa pulak macam duduk kat Cameron Highland...
kat rumah siap bersweater dan berstokin bagai...
nak masuk bilik air pun malas, sejuk punya pasal...
dah lah stay apartment tinggi lagi, lagilah kesejukannya terasa...
tak payah on kipas ok, buka sikit sliding door tu bagi angin fresh masuk dalam...
adoiii, nyaman sungguh...

Disebabkan cuaca sejuk-sejuk ni, memang weekend ni tak kemanalah...
stay kat rumah jer melayan anak-anak...
so, Qekra layan jerlah tekak diaorang nak makan apa...
mama korang ni masak dari pagi sampai petang...
sila tepukk tangan sikit untuk Qekra hehehe...

-- Makaroni Goreng untuk Sarapan pagi --

Malam lagi Abang Adam dah tanye esok nak sarapan apa mama...
terus mama cakap ok esok sarapan makaroni goreng...
memang buat banyak-banyak camtu, nanti diaorang dua beradik makan sampai ke petang...

-- ni menu tengah hari pulak --

En Ajip kata nak tapaw Gulai Itik Salai....
lama pulak tak makan itik salai....
kalau uallas nak rasa Gulai Itik Salai yang sedap, bolehlah ke Itik Salai Masthar di Sungai Ramal Dalam, Kajang... Entry Qekra pernah tulis di SINI...

So pakej tapaw Gulai Itik Salai, Keli Salai dan Telur Asin...
Qekra cuma masak telor dadar dan Sayur pakchoy Sos Tiram...
Ulam-ulaman tu mesti ada...

-- minum petang makan Bubur Keledek --

Ha, minum petang pulak Qekra masak Bubur Keledek...
masa beli barang dapur kat Pasaraya HERO en Ajip belek-belek keledek...
dia cakap buat bubur sedap ni...
teruslah Qekra cakap ambiklah nanti boleh masak bubur...

memang jarang-jarang berlaku kejadian memasak macam ni dari pagi sampai ke malam hehe...
tapi takpe, layan tekak untuk family kan...
lagipun happy jugak diaorang selera makan tambah-tambah...


6 yang komen:

Juls Julie80 said...

sedapnya masakan tu... cuaca sejuk2 ni cepat sangat laparnyer...hihih

mama tisya said...

itik salai..keli salai dapnye

Normi Nieza said...

sdapnya..rajin Qekra masak..:)

Siti Rohaida Yusof said...

Fuh....memang mables tengok menu Qekra...macam malam ni pun nak buat menu ni...

Siqah Hussin said...

Yeayy! Tepuk tangan untuk Qekra :D

Rajinnya memasak haa. Siqah nanye tak pernah makan itik. Tak boleh bayang nak makan camne. Hihi. Tapi ramai orang cakap itik sedap. Boleh cuba nanti kot one day.

Shahida Dzulkafli said...

Sedap-sedap menunya..

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com