February 7, 2018

Nasi Goreng Cili Kering...

Assalammualaikum semua ;)
Dah sarapan pagi ke tu?

Ni kisah petang Isnin tu, tengok Blog Kak Azie Kitchen...
terus terliur tengok resepi Nasi Goreng Cili Kering....
lama sebenarnya Qekra tak masak nasik goreng pedas-pedas ni...
Selalunya buat yang tak pedas jer untuk budak-budak...

balik rumah tu terus semangat masak...
ha, ni dia dah siap ;)

Cuma versi Qekra tambah petai sikit sebab ada lebih ulam petai dalam petisejuk...
dan goreng telor dadar...
kebetulan masa ni masakkan Adik Zhafran Makaroni Goreng...
so, dapatlah mama menikmati nasik goreng pedas hehe...

Qekra tepek resepi dari Blog Kak Azie Kitchen terus lah yer...
senang kalau nak cuba ...

Nasi Goreng Ikan Bilis dan Cili Kering
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk besar nasi putih
Secekak kacang panjang - hiris halus
3-4 biji telur
1 sudu besar garam atau secukup rasa
Serbuk perasa - opsyenal
5-6 sudu besar minyak masak

Bahan Tumbuk Kasar:
4-5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering - rebus atau rendam air panas
Segenggam ikan bilis - rendam seketika supaya lembut

Cara cara:
Tumbuk cili kering dulu sebelum dimasukkan bawang bawang dan akhir sekali ikan bilis. Tumbuk kasar sahaja.

Nanti boleh try tau.
Memang sedap sangat-sangat nasik goreng sempoi camni ;)


5 yang komen:

msredcheesecake said...

petai penambah selera...dap dap..

Normi Nieza said...

uii..sdapnya..:)

mama tisya said...

sedap nmpknye tu...kita tk mkn petai

mummy_ayu said...

menu Ayu pagi ni... Ayu letak ayam & sayur banyak2..

Azhafizah Md Nor said...

Sedap! Fiza pun terkadang rajin masak nasi goreng cili kering.

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com