March 15, 2018

Bila Stok Salmon Banyak...

Assalammualaikum...
Selamat pagi Khamis untuk semua sahabat Qekra ;)

Eh, beberapa hari tak update blog terasa lama pulak hehe...
Ok harini nak cerita tentang salmon...
sebenarnya kat ofis Qekra ada sorang geng ofis ni bisnes Salmon...
boleh buat pilihan sama ada nak daging salmon atau salmon bone...
Qekra suka pilih Salmon bone sebab ada daging pada tulang dan suka hisap-hisap tulang dia tu hehe...
lagipun harga oklah, sekilo dalam RM 20 macam tu...
biasa sekilo tu banyak dapat dalam 15 keping...
kadang-kadang tahan sampai seminggu lebih...

Biasa kalau ada Salmon Qekra suka grill jer...
perap dengan serbuk lada sulah, lada hitam sekejap...
lepas tu grill...
tak payah guna garam dah sebab lada hitam dan lada sulah tu dah bagi rasa dah...
nak rasa pedas tambah serbuk paprika sikit...
grill pun tak perlu guna minyak...
sebab nanti bila grill atas pan ikan tu sendiri akan keluarkan jus...
nak lagi sedap masa grill tu perah lemon sikit...
atau masa nak makan perah lemon...
kalau orang tak suka makan ikan takdelah rasa hanyir ke apa...

-- tu stok Salmon bone yang dapat. biasa Qekra akan asingkan dalam 3 - 4 bekas. senang nak kluarkan bila nak gril --

-- masa ni masakkan kids mee goreng. so Qekra punya mee goreng sikit + salmon gril dan tomato --

-- ni salmon + tomato ceri + timun. makan dengan nasi putih sikit dah kenyang --

-- ni pulak ada lebihan salmon gril tu tak habis. so simpan dalam freezer, esoknya carik-carikkan buang tulang, lepas tu masak dengan telor hancur makan dengan roti. sedap jugak dan kenyang --

Jangan pulak kata Qekra diet eh tak.
Biasa macam diner memang jarang nak ambik yang berat.
so, buat simple macam ni pun dah kenyang.
tapi still masak jugak lauk-lauk atau menu lain sebab budak-budak nak makan.
dia tak nak makan yang mama makan tu hahaha...


3 yang komen:

mama tisya said...

lama xbuat grilled salmon with white sauce..dapnye

Shahida Dzulkafli said...

Berbaloi harga dan kuantiti yang dapat tu.. Lagipun sedap juga makan salmon grill ini..

Ann Ishak said...

berpatutan sangat harga salmon tu

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com