May 17, 2018

Salam 1 Ramadan 1439 H...


Assalammualaikum...
Terlebih dahulu Qekra nak ucapkan Salam 1 Ramadan buat semua sahabat kesayangan Qekra...
Mohon maaf andai ada silap dan salah...
Mohon maaf andai ada tulisan Qekra di blog ni yang mengguris hati mana-mana pihak...
Dan mohon maaf kerana lama tidak bersaiaran...

Buka merajuk ke apa...
tapi sebab Nekma pun tak berapa sihat kebelakangan ni...
so, mood tu macam tak best nak berblog...

Oh, Qekra nak share ni untuk kawan-kawan pompuan.
Maklumlah kita ni kan istimewa...

Amalan Wanita Uzur Di Bulan Ramadan :
1. Membaca Al Quran tanpa Mus’haf seperti membaca ayat-ayat Al-Quran yang tertulis di dinding atau di website dan youtube
2. Mendengar bacaan Al-Quran daripada CD, TV, Radio dan seumpamanya
3. Membaca dan memahami ayat Al-Quran dari kitab tafsir
4. Perbanyakkan berzikir, selawat ke atas Nabi dan doa-doa sepanjang waktu dan tempat
5. Mendengar ceramah-ceramah serta tazkirah melalui kaset, CD dan seumpamanya.
6. Membaca doa selepas mendengar azan setiap waktu
7. Memberi nasihat kepada ahli keluarga supaya senantiasa mengingati Allah dan berzikir sepanjang hari di bulan Ramadhan
8. Mengingatkan ahli keluarga supaya menunaikan solat fardhu setiap kali masuk waktu
9. Menggalakkan ahli keluarga menunaikan solat-solat sunat dhuha, tarawikh, tahajud dan witir
10. Disamping amal ibadah dan zikir seperti yang disebutkan, wanita dalam haid dan nifas juga boleh mendapat ganjaran pahala bulan Ramadhan Al Mubarak dengan melaksanakan tugas-tugas harian rumahtangga seperti :
- Menyediakan juadah berbuka dan bersahur .
- Menghulurkan juadah kepada jiran-jiran atau ke surau-surau yang berdekatan.
- Membangunkan ahli keluarga untuk bersahur.
- Melibatkan diri dalam aktiviti dakwah dan kegiatan masyarakat pada waktu yang terluang dalam melaksanakan amal maaruf nahi mungkar.
Notakaki Qekra : Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. 


2 yang komen:

Shahida Dzulkafli said...

Salam Ramadhan.. Selamat berpuasa..

adianiez AIDA said...

tq perkongsian ni :)
moga bermanfaat kpd semua ekk...

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com