June 29, 2018

Cekodok Pisang dan Kek Coklat...

 Salam Jumaat yang barakah semua.
Salam 15 Syawal. Sekejap jer kan dah masuk Syawal yang ke-15.
Tapi semua cakap apa ada hal, raya kan sebulan hehe.

Oh ya, Qekra sempat berpuasa 3 hari Rabu haritu.
Insya Allah next week sambung nak habiskan lagi 3 hari.
Haritu teringin sangat nak makan Bihun Goreng Singapore, tak ingat tertengok kat blog siapa entah hehe. 
Serius, kalau time puasa tu kalau ternampak makanan yang sedap rajin jer kan kata eh nanti ank buat lah. Tapi kalau tak puasa tu, tengok jer tapi malas buat hehe.
Siapa sejenis macam Qekra.
-- Bihun goreng Singaore dan sambal kicap, cekodok pisang dan epal merah --

Alhamdulilah, tu jer menu berbuka.
Kenyang. Lagipun budak-budak pun memang suka makan mee atau bihun.
Tambah lagi rajin buat cekodok pisang petang tu hehe.

-- cekodok pisang feveret anak-anak Qekra --

Anak-naka Qekra memang suka sangat cekodok pisang ni.
Abang Adam dengan Zhafran sama jer.
Kalau buat cekodok berebut nak makan.
Kalau balik rumah Wan Pilah mesti tanya Wan ada pisang tak nak buat cekodok.
Wan pun dah tau kalau Abang Adam balik masak cekodok.

Siapa nak jadi menantu Qekra nanti nak kena tanya dulu pandai masak cekodok pisang tak.
Kalau pandai tu peluang cerah lah tu hehe.

-- ni projek malam tadi --

Projek malam tadi. Kek Coklat Kukus Moist untuk Abang Adam.
harini sekolah Abang Adam buat jamuan raya.
Pertama sekali dia mintak buat kek coklat. 
Nasib kek coklat bukan cekodok pisang hehe.
Nak resepi kek coklat?
Ok, nanti Qekra share next entry.


5 yang komen:

Shafyqah Azahar said...

sedapnya. kek tu paling terliur adoi

Sheila Adziz said...

rajinnya qekra masak... selamat berpuasa 6...

farhanna jafri said...

wahhhh cantiknya coklat moist abang adam!

Normi Nieza said...

rajin qekra masak...:)

Shahida Dzulkafli said...

Adoi.. Sedap nampak cekodok pisang tu..

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com