June 8, 2018

Sambal Bilis Kentang. Lauk Paling Simple Bulan Puasa...


Assalammualaikum.
Salam 23 Ramadan untuk semua.

Sebenarnya tak ingat menu ni masak puasa ke berapa.
Tapi memang rasa nak makan yang simple-simple jer Sambal bilis goreng garing macam ni.

Qekra rasa masa ni Qekra masak sup ayam untuk budak-budak.
Diaorang request nak makan mee sup.
Lepas tu tambah telor dadar dan sambal bilis garing ni.
Memang laju jer makan buka puasa masa tu.

Cara nak buat pun senang.
Qekra takde sukatan betul, cuma main agak-agak jer.

1 genggam ikan bilis.
1 biji kentang
1 biji bawang besar

Untuk tumbuk :
10 biji cili api (nak pedas tambah lagi)
2 biji bawang kecil
3 biji bawang putih

Cara masak :
Tumbuk bahan-bahan tumbuk.
Ambil 1 senduk minyak. Goreng garing ikan bilis, kemudian angkat.
Minyak yang sama goreng kentang pulak. goreng sampai kekuningan dan angkat.
Guna minyak yang sama, tumis bahan tumbuk.
Tambah sikit jer garam sebab minyak tu dah masin dah goreng ikan bilis.
Tumis sampai garing, dah nampak garing masuk bawang besar.
Kacau sampai layu. dan tutup api.
Baru masukkan ikan bilis dan kentang.

Senangkan. Lauk sahur pun laju jugak ni.



4 yang komen:

mama tisya said...

hah mmg senang menu ni..tp tk nmpk sambal...oh sebab guna cili api je...kita guna ciliboh

Shafyqah Azahar said...

pernah makan kat kedai memang sedap. ni ada resepi boleh try buat

Normi Nieza said...

sedap tu qekra..:)

Saya Gja said...

sedap ni. saya pun suka.

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com